Kenapa ada tahun lompat?

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Kenapa ada tahun lompat? Entry ini sepatutnya aku tulis semalam, tapi disebabkan aku memilih untuk tidur, jadinya aku tulis lah entry ini hari ini. Semua orang tahu semalam adalah tahun lompat. Tarikh semalam adalah 29 February 2016. Ianya berlaku sekali dalam 4 tahun. Ini bermakna, mereka yang lahir pada hari semalam adalah mereka yang istimewa. Sebab apa? Sebab mereka cuma sambut hari lahir mereka, sekali dalam 4 tahun. J

Orait. Kenapa Wujudnya Tahun Lompat ni? Kenapa perlu ada? Tak ada tak boleh ke? Kenapa setiap 4 tahun? Kenapa bukan 5 atau 6 ke? Kan? Kan? Kenapa? Kenapa? Adoi, banyaknya soalan. Pada aku mudah je, sebab tu dia jadi special, sebab dia hanya berlaku setiap 4 tahun. Tapi tak bolehlah aku jawab macam tu kan? Kenalah ada penerangan yang betul.

Tahun Lompat Ada Berapa Hari?


Baiklah, Setahun adalah bersamaan dengan 365 hari. Tetapi ianya menjadi 366 hari pada tahun lompat iaitu lebih 1 hari pada bulan februari. Dari apa yang aku baca, punca terjadinya tahun lompat ini adalah kerana:

“ bumi bukanlah mengelilingi matahari genap 365 hari. Sebaliknya, jumlah yang betul adalah sekitar 365.25 hari. 29 February adalah hari yang ke 60 dalam tahun lompat. Ini bermakna hanya ada 306 hari sebelum memasuki tahun seterusnya”

Macam Mana Nak Tahu Tahun Lompat?


Ala, senang je kalau nak tahu tahun tu tahun lompat atau tak. Korang bahagikan sahaja dengan 4. Ha. Kalau dapat genap, makanya itu adalah tahun lompat. Kalau dapat jumlah ada pecahan *bukan genaplah* itu bermakna, itu bukanlah tahun lompat. Baik, untuk memudahkan korang lebih faham, aku tunjukkan cara kiraan nya:

2016÷4 = 504 (jumlahnya tiada pecahan, ini bermakna tahun ini adalah tahun lompat)
2017÷4 = 504.25 (jumlah ini ada pecahan, ini bermakna tahun ini bukanlah tahun lompat)

Ha, mudahkan nak tahu tahun mana yang ada 366 hari ni? Antara cara lain yang paling mudah adalah tambah je 4 tahun. Ha, sekarang tahun 2016 tahun lompat kan? Ini bermakna, 4 tahun lagi adalah tahun lompat, so tahun 2020 adalah tahun lompat. 2016+4=2020. Ha, mudah kan? Hehehe.

Orait. Aku harap, penjelasan ringkas aku ni, mampu menjawab, tak banyak, sedikit persoalan yang bermain dekat minda korang. kalau korang nak lebih detail, bolehlah tanya dengan pakcik google ya! Baiklah, aku nak sambung berfikir, cara buat duit dengan blog. Sebenarnya banyak cabang nak buat duit dengan blog ni. Oh ya! Akhir sekali, aku nak jemput korang baca entry ni < 6 benda yang mampu menjadi hidup korang mewah >

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.