Punca Kaki kerap kejang waktu tidur!
Punca Kaki kerap
kejang waktu tidur! Rasanya bukan aku sorang je, tapi ramai yang mengalami
perkara yang sama macam aku. Korang bayangkan, korang tengah sedap di buai
mimpi indah, tiba-tiba terjaga, dan kaki korang kejang tahap gaban sakit dia. Meleleh
air mata ni ha menahan sakit! Kejang dekat bahagian betis pulak tu. Adoi la! Apa
Punca Kaki Kejang Semasa Tidur ni
eh?
Wife aku cakap, sebab kaki aku terlalu sejuk. Aku kalau
tidur, aku pakai kipas kaki tu. Dah nama pun kipas kaki, letaknya pun dekat
bahagian kaki la kan? Lepas tu, wife aku dia dah sediakan selimut untuk aku,
sebab dia tahu aku memang tak boleh sangat dengan suhu sejuk ni kalau tidur,
tapi korang tau mana aku letak selimut tu? Hahaha, dekat bawah katil. Dan akibat
daripada tu, ha, amik kau, kejang kaki aku malam tadi!
Kaki Kejang Bila
Sejuk ni memang biasa pada aku. Bila sebut biasa je, maknanya aku kerap kena
la kan? Ha, pernah sekali tu, g honeymoon. Bilik hotel kan pakai aircond. Di bukaknya
sejuk-sejuk. Tengah syok tidur, terjaga! Dan! Warghh! Meraung aku
sorang-sorang. Wife waktu tu memang tak tahu pape la. Puas aku menahannya
sorang-sorang. Ish! Apa la! Dia pandang aku dengan perasaan tak tentu arah. Dia
tau tak aku tengah layan feel Kejang
Otot Betis ni?
Kalau korang rajin la mencari Punca Kaki Kejang Pada Waktu Malam ni, banyak yang menceritakan
perihal pergerakan otot yang tak sekata. Ha, faham tak apa yang aku cuba
sampaikan ni? Kalau tak faham, silalah search keyword yang aku beri tu ya! Hehehe.
Yang sebenarnya, tubuh badan kita ni penuh
dengan otot. Jangan ingat mereka yang pergi gym tu sahaja penuh dengan
otot ya!
Baca juga : Beza orang kampung dengan Orang Bandar.
Di dalam keadaan yang sejuk, pergerakan otot menjadi tidak
sekata yang mengakibatkan kaki kita menjadi terbelit! Wahahaha, aku tak pandai
la nak bercerita, aku bukan doctor. Aku keje kilang je. Aku nak kasitau, yang
bila kejadian kejang tu berlaku, sakit dia ibarat macam kaki kita ni terbelit. Ha,
cam gitu..
Aku dulu, waktu aktif bina badan, kerap juga kena Otot
Kejang Selepas Gym ni. Korang bayangkan, dia kejang dekat bahagian back. Lower
back pulak tu. Adoi la, tak tercapai tangan aku nak mengurutnya! Ha! Sebut pasal
mengurut ni, kan aku cakap, aku kerap kena Kejang
Otot Betis ni. Aku dah dapat 1 counter measure bila berlaku kes macam ni.
Saat korang berhadapan dengan Kaki Kejang secara Tiba-tiba ni, korang cuba urut dekat area yang
kejang tu. Macam aku, aku mengurut dari atas lutut bawa ke bawah. Urut je
kuat-kuat. Sambil tu cuba untuk gerakkan jari-jari kaki korang. Bila aku buat
macam tu, masa dia kejang tu, kejap je, tak sampai 5 minit. Ha. Dan potensi
untuk otot betis korang sakit waktu berjalan juga sangat kurang. Ha, cam gitu.
Orait! Cukup cerita aku pasal Kaki Kejang Bila Sejuk ni. Tapi kan, waktu aku dok cari keyword
berkaitan Kejang Otot Betis ni, aku
terjumpa 1 keyword, Kejang Otot Dada!
Wow! Ada ke? Ini dah confirmlah wanita je yang kena kan? Tak kan laki pun kena
jugak? Eh? Ada ke laki yang kena? Yang aku tau, kawan aku, lelaki, dia pernah
kena Kejang Otot Punggung! Hahahaha. Orait, habis ceritaejoy pasal kejang ni. Kang
aku cerita banyak-banyak, aku pulak yang kejong kat sini. Hahahahaha.
tak pernah lagi la kena. tapi kalau duduk lama2 haa siap ah.
BalasPadamowh..duduk lama pun boleh kejang ek..hehehe
Padampernah kena tp x selalu
BalasPadammasa kecik2 dlu mmg slalu gile kena kejang otot kt betis ni huhu
BalasPadamsekarang ni syukur xde la plak... otot sy bnyk dah mati kah? haha..