Review : Pernah dengar pasal CouponBelanja?

Februari 26, 2016
Review : Pernah dengar pasal CouponBelanja? Secara jujurnya, aku juga baru pertama kali mendengarnya. Sebelum aku bercerita lebih panjang mengenai laman web ini, aku nak tanya dulu beberapa soalan dengan korang. Siapa suka Shopping Online? Sila senyum. Hehehe. Dengan peredaran zaman kini, semua orang suka membeli-belah secara dalam talian dan rakyat Malaysia adalah tidak terkecuali.

Selain daripada mudah *kerana tidak perlu bersesak-sesak* kita juga boleh mendapatkan produk yang kita mahukan dengan harga yang berpatutan. Di atas alasan inilah, terdapat banyak laman e-dagang yang menjual produk mereka secara dalam talian, dan ia menjadi terlalu sukar untuk pengguna seperti korang dan aku sendiri di dalam mencari tawaran yang terbaik.

Melihat kepada kesukaran inilah, CouponBelanja hadir sebagai adiwira untuk menyelamatkan kita semua. Ha? Apa tu? Baik, bagi mereka yang tertanya-tanya, CouponBelanja ni apa? Aku terangkan secara ringkas ya! Ia adalah sebuah laman web kupon terkemuka di Malaysia dan menawarkan kod kupon terbaik dan baucar untuk kedai-kedai dalam talian di Malaysia.

Ia tersangatlah mudah untuk digunakan dan boleh di navigasi melalui skrin. Berikut adalah beberapa tips untuk mengetahui jenis kupon yang ada di dalam laman CouponBelanja yang boleh digunakan di kedai-kedai dalam talian utama di Malaysia.



Pada paparan hadapan CouponBelanja, pada bahagian menu,  korang klik pada bahagian STORES.
Dalam bahagian STORES, korang boleh tengok pelbagai kedai online dan setelah membuat keputusan untuk membeli produk daripada kedai tertentu, masuk semula ke CouponBelanja.  

Sebelum tu, pastikan korang dah ambil code coupon yang disediakan. Klik sahaja pada bahagian View coupon.

http://ceritaejoy.blogspot.my/


Orait. Jelas tak setakat ini? Mudah ke kan? Lepas je korang dah copy code tadi tu, korang masuk ke laman web Shopping online tu. Aku ambil contoh laman Ensogo Malaysia. Katakan korang nak beli Original genuine Samsung galaxy 9V adaptive fast charger adapter (imported set)

Sesudah selesai membeli belah, korang perlu Check out. Pada skrin checkout, korang boleh lihat ruangan kod promo.

Langkah seterusnya adalah masuk semula ke CouponBelanja untuk melihat jika terdapat apa-apa tawaran. Ha! Terjumpa satu, copy code itu dan paste kan pada Ensogo. Klik untuk melihat penurunan harga!

Di CouponBelanja, kita boleh memperolehi “latest verified offer”. Gunakan 'Store Berkaitan' di halaman 'Stores' CouponBelanja. Korang boleh mendapatkan kedai-kedai lain yang mempunyai produk yang sama di laman web lain dan boleh menyemak diskaun yang mereka tawarkan.

Cari mengikut kategori.


http://ceritaejoy.blogspot.my/



Di CouponBelanja, kita juga mempunyai satu lagi cara mudah untuk mencari kupon. Kita mahu membeli sesuatu dan tidak tahu di mana mahu beli. Ambil contoh kita nak cari produk Mobile & Tablets. Pergi pada bahagian kategori dan korang boleh melihat semua kedai-kedai yang menawarkan diskaun ke atas Mobile & Tablets. Bandingkan ciri-ciri dan harga dan membuat keputusan di mana untuk membeli produk. Atau mungkin korang boleh ke Lazada Malaysia.

Semak tawaran semasa musim khas.

http://ceritaejoy.blogspot.my/


CouponBelanja juga menyediakan tawaran khas bagi acara-acara tahunan di Malaysia. Ada satu seksyen di laman web ini untuk mengakses tawaran ini dengan cepat. Di sini korang boleh melihat tawaran Valentine's day dan tawaran dari kedai-kedai yang berbeza di Malaysia.

Paparan kupon.

zalora lazada

Ia adalah kupon yang mana, pakar-pakar di dalam CouponBelanja fikir berguna dan baik untuk di gunakan. Kupon yang ditampilkan boleh didapati pada halaman hadapan laman CouponBelanja. Klik pada mana-mana tawaran dan “terbang” ke halaman kedai di mana tawaran itu boleh didapati.

Kupon popular.

lazada zalora shopping

Kupon popular juga boleh didapati di halaman hadapan CouponBelanja. Ia adalah cara yang paling mudah untuk mengetahui peluang yang ada. Lazada Malaysia online shopping adalah di antara kedai online yang sentiasa memberikan tawaran istimewa sepanjang tahun.

Orait, Selain daripada apa yang aku cerita dekat atas ni, CouponBelanja juga mempunyai kemudahan carian yang bagus yang membantu kita semua di dalam  mencari kupon yang kita inginkan dengan lebih cepat. Ha, cam gitu.

So..sooka..asoka..ish, apa aku mengarut nih! Orait, jadinya, selepas bercerita panjang ni, aku nak ajak korang semua, secara ramai-ramai dan berjemaah ke CouponBelanja dan dapatkan tawaran-tawaran terbaik secara atas talian! Yeah! Lagi jimat lagi bagus!! Jom-jom semua ke CouponBelanja di:

http://www.couponbelanja.com/

2 ulasan:

  1. saya pon taktau pasal couponbelanja ..tapi tak pernahlah beli barang online..huhu..kena jgk one day..hehe

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.