Dapat USD25 untuk 1 Review Blogs!
Dapat USD25 untuk 1 Review Blogs. Alhamdulilah, rezeki datang lagi dengan blog. Sebelum ni income aku dengan blog datang daripada 8Share. Tapi yang terbaru ni, aku dapat income dari review yang aku buat di blog ceritaejoy. Yang menariknya, ianya di bayar di dalam USD! Waaa! Bestlah! Sungguh aku tak percaya. Yelah, kita rasa blog kita kecil, macam tak ada orang yang tengok, tapi bila ada yang email, minta kita buat review dekat blog, dan dibayar pula dalam USD, haruslah rasa seronok kan! Hehehe.
Yang sebenarnya, ini adalah review yang kedua yang aku buat
dekat blog ceritaejoy. Yang pertama dulu adalah kolaborasi dengan Zalora Malaysia. Ianya mengenai iklan River Island. Dapat voucher RM100! Memang
itulah saat paling seronok. Memang tak dapat duit, tapi dapat beli baju dekat
zalora! Cantik-cantik belaka! Sampai sekarang aku simpan baju yang aku beli
pakai voucher tu. Hehehe.
Yang kedua ni pulak, dapat duit! Hehehe. USD pulak tu. Haruslah
lagi seronok kan? Mulanya macam ada sedikit gusar. Yelah, kita tak pernah ada
pengalaman pasal benda ni, jadinya, banyak benda yang kita tak tahu. Sungguh
aku nak cakap ni, mulanya memang aku tak nak buat. Takut! Tapi sampai bila kan?
Kalau asyik lari je, sampai bila-bila pun kita takkan maju. Jadi, haruslah aku
cuba kan!
Sumber yang diberi pada aku adalah dalam bahasa inggeris. Adoi
la, itulah, waktu sekolah dulu tak nak belajar betul-betul, tengok sekarang,
bahasa inggeris pun tak tahu. Jadinya aku minta buat review dalam bahasa
melayu. Seharian jugalah aku translate sumber tu. Lepas dah susun, aku hantar
dulu entry tu pada orang yang minta buat review tu, kali pertama kan, mestilah
ada salah silapnya.
Baca juga : Cara Nak Kenal Hati Budi Lelaki.
Selepas beberapa pembetulan, aku pun postlah entry tu. Hati aku
waktu tu, memang ada rasa takut, yelah, kalaulah aku ditipu macam mana? Ish! Memanglah
perlu ada perasaan macam tu kan? Tapi alhamdulillah, rezeki buat duit dengan
blog ni, pagi tadi aku buka akaun paypal. Ada USD25! Wahh! Bestnya. Alhamdulillah.
Syukur pada mu Ya Allah.
Orang cakap, blog mampu menghasilkan income pada pemiliknya
jika mereka pandai manfaatkan blog mereka. alhamdulillah, aku bukanlah hebat di
dalam bidang ni, dan masih lagi belajar dengan otai-otai blogger yang lain. Orang
cakap, jika kita ada usaha, insyaAllah, pasti ada hasilnya nanti. Yang penting
usaha, jangan harap orang lain nak suap je. Hasilkan cerita mengikut diri kita,
dan bukannya copy paste dari cerita orang lain. Hehehe.
kak ana dapat gak tapi tak boleh nak buat sebab tak ada akaun paypal :(
BalasPadamala..sayangnya..buat akaun paypal tu senang sangat2 kak ana..takpe, lepas ni kena buat juga akaun paypal yer..hehehe
Padamtahniah..banyak juga tu
BalasPadamIn shaa allah ejoy, baca dah tutorial dari rakan2 blogger kita, tahniah ye.. :) rezeki juga tu .
BalasPadam