Dari mana keyword ni datang?
Dari mana keyword ni
datang?. Rasanya mana-mana blogger pun, kalau log in, akan check dulu search
keyword yang ada dekat blog mereka. Tujuannya adalah untuk tahu, apakah yang di
cari oleh pembaca blog mereka. Macam aku, rasanya dah 2 hari aku cari keyword “Broga Malaysia” ni dekat google. Tapi tak
jumpa pun blog ceritaejoy. Yang jumpa, adalah entry pasal kes bunuh diri di jitra. Itu pun atas keyword “kes bunuh”.
Ada masanya, aku akan jadi pelik sepelik peliknya. Dari mana
keyword ni datang? Keyword ada, tapi bila aku cari entry tu, takde. Ke aku ada
tulis mana-mana entry dan aku selitkan keyword tu dalam entry tersebut. Pun boleh
jadi juga. Atau aku masukkan keyword tu dalam gambar yang aku share dalam
setiap penulisan di blog ceritaejoy? Pun boleh jadi juga kan?
Tapi kan, ni aku nak kasitau sikit. Aku jadi seronok bila
tengok orang luar Negara cari resepi Sambal
Belacan Sedap Dan Simple kat blog aku. Hahahaha. Walaupun ini bukanlah Blog Masakan Popular, tapi itulah
keyword paling laris dekat blog aku. Hahahaha. Tak terfikir pulak, blog
ceritaejoy, yang banyak cerita pasal diri sendiri dan keadaan sekeliling, boleh
dapat keyword macam tu. Haishh! Lainlah kalau Blog Masakan Mat Gebu! Itu semua orang, bukan, 1 dunia tahu! Hehehe.
Berbalik semula dengan cerita aku yang awal tadi, ha, pasal Bukit Broga Malaysia tu. Seingat aku,
aku ada tulis entry mengenai LOKASI HIKING PALING BEST DAN MENCABAR DI MALAYSIA. Aku ada cerita pasal Broga
Malaysia dekat situ, tapi bukannya menyeluruh pun! Selit-selit juga. Hmm, atau
inikah yang disebut otai-otai blogger yang mana keyword adalah senjata utama
sebuah blog. Mereka sebut ya, bukan aku.
Dan untuk kesekian kalinya aku nak kasitau, entry tu juga
aku tulis berdasarkan iklan yang aku ambil daripada 8Share! Hahaha, idea takda,
ambil iklan daripada sana, kongsikan di blog ceritaejoy. Apa yang aku dapat? Aku
dapat duit dan yang lebih penting, aku dapat keyword yang berpanjangan! Itu yang
para blogger mahukan sebenarnya! Kan? Kan?
Ha, kalau korang nak dapat benda yang sama macam aku dapat
ni, korang bolehlah register 8Share dekat sini <8Share.com/register>.
Menulis secara suka-suka dan dalam masa yang sama, dapat duit! Lagi hebat, dari
carian daripada pembaca secara berterusan! Hehehe.
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com