Suka makan sambal belacan? Sila baca artikel ini.
Suka makan sambal belacan? Sila baca artikel ini. Makan nasi
panas dengan ulam ulaman dan ikan masin tanpa sambal belacan seperti tiada
kesempurnaannya. Orang cakap tak cukup rasa! Sambal belacan dianggap sebagai
pelengkap kepada menu orang kita terutamanya orang melayu. Blog ceritaejoy seringkali dikunjungi oleh mereka yang mencari resepi sambal belacan sedap.
Aku bukanlah seorang yang pakar di dalam bidang masakan. Dan
terus terang juga, aku bukanlah pakar di dalam penggunaan keyword. Tetapi,
selepas aku mengiklankan 1 iklan daripada 8share, dalam sedar tak sedar, ada “keyword”
yang paling berharga yang hingga kini membawa ramai orang ke blog aku hanya
dengan 1 tujuan, mencari resepi sambal belacan sedap.
Cara buat sambal belacan juga tidak lah sesukar mana. Tidak perlu
api pun. Cukup sekadar belacan, cili hidup, gula dan garam. Masukkan kesemuanya
kedalam lesung dan tumbuk ,dan ianya sedia untuk dinikmati. Mudah dan sedap! Bagi
mereka yang suka pedas, sudah pasti lah sambal belacan menjadi keutamaan di
dalam setiap hidangan makan tengahari mereka.
Dalam zaman serba moden dan pantas ni, dah ada sambal
belacan express dah. Sambal belacan adabi. Bagi mereka yang suka travel,
bolehlah bawa. Sekurang-kurangnya, terubatlah sedikit rasa rindu di kampung
halaman. Tapi bagi aku, aku lebih gemarkan sambal belacan asli. Rasa kampung. Yang
dibuat sendiri. Rasanya sudah pasti lebih enak!
kalau buat sendiri sedap!
BalasPadamyg ni bg MG kureng skit! hihi
JOM TENGOK LEBIH 100 BARANG2 KECANTIKAN DENGAN HARGA YG MURAH DAN PASTINYA ORIGINAL !
https://www.facebook.com/produkkecantikanMG/posts/1726936100868945:0
JANA PENDAPATAN PASIF DENGAN BLOG ANDA
http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/01/jana-pendapatan-pasif-dengan-afflifycom.html
saya xx pernah makan brand adabi ni.. memang x beli kot.. buat la DIY sendiri lagi best hii
BalasPadambetul betul..makan kalau xde sambal belacan rasa macam tak cukup menyengat makanan tuh..hehe
BalasPadamBuat sendiri memang ohsem.. Tapi kalau just nak makan berdua memang x berbaloi.. kadang2 nak buat pencicah ulam-ulaman jer.. Adabi memudahkan kerja.. Hehehe..
BalasPadam