Cimb click bermasalah?
Cimb click bermasalah? Aku adalah salah seorang daripada
ribuan orang yang menggunakan perkhidmatan cimb. Rasanya ini adalah tahun ke 10
aku menggunakan perkhidmatan perbankan Cimb. Bermacam perkara yang aku dah
lalui. Mengenai hal itu, akan aku ceritakan pada edisi yang lain. Dalam edisi
kali ini, aku ingin luahkan permasalahan yang aku alami sebelum ini, sekarang
dan mungkin pada masa mendatang.
Baik. Adakah benar cimb click bermasalah? Aku kurang pasti,
samada aku sahaja yang berhadapan dengan masalah seperti ini atau ada
rakan-rakan lain yang turut sama merasakannya. Kerap kali aku mengalami
kesukaran untuk log in masuk ke sistem cimb click ni. Kebiasaannya apabila
masuk waktu tengahari. Berulang kali aku cuba masuk tapi gagal.
Baca juga : Lokasi percutian paling popular sepanjang 2015.
Apakah masalah ini bukan berpunca daripada cimb? Dan ianya
berpunca daripada talian internet aku? Rasanya tidak. Sebab apa, aku tidak
mengalami masalah untuk log in masuk ke perkhidmatan perbankan yang lain *aku
mempunyai beberapa akaun bank dan kerap menggunakan perkhidmatan atas talian
ni*. Jadinya aku merasakan cimb click itu yang bermasalah.
Baru sekejap tadi aku cuba nak log in masuk ke cimb click. Dan
aku masih lagi mengalami masalah yang sama. Kenapa terlalu susah nak log in ni?
Aku tak kisah jika tiada urusan penting, tetapi jika ianya adalah urusan
yang perlu disegerakan, ianya benar-benar memberi aku masalah. Dan atas sebab itulah aku merasakan cimb click ini bermasalah.
Atau mungkin terdapat kerja-kerja penyelenggaraan yang sedang
dilakukan oleh pihak cimb? Kalau benar, wah, lama juga ya kerja penyelenggaraan? Lama
sungguh. Mungkin aku hanyalah suara kecil yang menyuarakan masalah ini. Dan mungkin
juga aku seorang sahaja yang berhadapan dengan masalah ini. Walau macam mana
pun, aku juga berhak untuk menyuarakan masalah yang aku hadapi kan? Persoalan sekarang,
adakah cimb click bermasalah?
Bukan CIMB click je.. kadang2 Maybank2u pun macam tu juga..
BalasPadamsusah nak login...
kadang-kadang dapat login tapi loading jer..
Tapi jaranglah berlaku.. Cuma bila berlaku tu kita lak ada urusan penting memang geram lah juga.. Hehehe..
Kenapa bila nk buat transfer duit bayar bil topap no Tac tidak ada butang untuk minta no Tac dulu ada skrg ni tidak ada macam mana nk dptkan no Tac?
BalasPadam