Duit br1M 2016 dah masuk!
Duit br1M 2016 dah masuk! Alhamdulilah, semalam, bayaran
pertama br1m 2016 sudahpun dikreditkan ke dalam akaun mereka yang layak menerimanya.
Walaupun ramai yang cakap jumlahnya terlalu kecil jika dibandingkan dengan
kehidupan yang makin mencabar ini, aku tetap bersyukur kerana
sekurang-kurangnya, ianya boleh digunakan untuk hal-hal yang penting.
Memang benar, jumlah RM250 itu tidak bertahan selama sebulan
sebagai mana yang diperkatakan oleh beberapa pihak, tapi jika ianya digunakan
dengan cara yang betul, ianya mampu bertahan selama sebulan. Tak percaya? Kamu mesti
percaya dengan apa yang aku ingin katakan sekejap sahaja lagi.
Br1m 2016, bayaran pertama bertarikh 28 January 2016,
berjumlah RM250. Macam mana aku boleh katakan, ianya mampu bertahan selama sebulan?
Baiklah, macam ni, cara ini tidak boleh diguna pakai oleh semua orang. Hanya untuk
golongan yang tertentu sahaja. Apa yang aku buat adalah, aku beli 1 benda yang
boleh bertahan selama sebulan.
Aku ada 2 orang anak kecil, dan mereka masih lagi minum
susu. Jadinya, dengan wang RM250 itu, aku beli susu mereka. Besar jumlah RM250
tu kalau beli susu anak kan? Jadinya, dah pasti susu itu mampu bertahan selama
sebulan malah jika betul cara penggunaannya, boleh digunakan lebih daripada
masa sebulan tu.
Mengenai cara penggunaan yang betul tu, macam anak aku,
kadang-kadang bila waktu malam, mereka terjaga, mereka mahukan susu. Kita pun
bangun bancuh susu, kemudian bagi pada mereka. Anak-anak ni kadang-kadang, hausnya
sekejap je. Lepas minum sedikit, mereka tidur semula. Jadinya, janganlah bancuh
penuh sebotol. Cuba baca anak-anak mahukan susu sebanyak mana. Dan selepas itu
bancuhlah susu mengikut keperluan mereka.
Macam aku ada cakap kan tadi, terpulang kepada hak individu,
bagaimana mahu menguruskan wang br1m 2016 ni. Tetapi bagi aku, aku lebih suka
gunakan wang tersebut dengan cara yang aku sebutkan di atas tadi. Dekat situ
aku dah boleh jimatkan wang gaji aku. Apa pun, selamat berbelanja dengan wang
br1m 2016 yang dah masuk semalam ya!
untung la dpt brim :-)
BalasPadamAlhamdulillah.. dapat juga menampung keperluan walaupun sikit..
BalasPadamSaya setuju bab sukatan bancuhan susu untuk anak tu..
Sebab saya pun buat macam tuh... Kadang2 mereka just dahaga..
Bukannya lapar sangat pun.. Kita sebagai parents lah kena alert..
nice tips..