Rumah takda aircond ke?

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Rumah takda air cond ke? Cuaca di Melaka ketika ini tersangatlah panas. Mula tu, ingatkan panas sebab nak hujan, rupa-rupanya, panas hingga ke malam, membawa ke keesokkan paginya. Hish! Punyalah tak selesa nak tidur. Itu kita yang remaja sentiasa ni, macam mana pula dengan anak-anak kan? Memang tak lenalah tidur mereka tu.

Nak dijadikan ceritaejoy, aku berboraklah dengan rakan-rakan pasal situasi cuaca sekarang ni. Dan mereka juga menceritakan hal yang sama. Yelah, kalau aku sorang je yang panas, yang lain sejuk, memang pelik la kan. Huh!

Dalam pada dok seronok berborak tu, adalah seorang rakan yang tanya aku:

“Joy, rumah takda air cond ke?”

Aku yang jujur lagi ikhlas, baik budi pekerti ini pun balasla:

“Rumah saya takda aircond, pakai kipas je dalam bilik”

Bila kawan ni dengar, terus je dia senyum sinis. Mungkin dia merasakan, aircond adalah 1 benda wajib dekat rumah. Jadi bila dia dengar aku cuma pakai kipas, jadinya, macam rendahlah kehidupan aku ni. Rasanya macam tulah pemikiran aku.


Aku yang dengar ni, Cuma tersenyum je. Aku sikit pun tak marah. Tapi bila aku cerita dekat wife aku, dia macam sedikit marah, macam-macam juga yang keluar dari mulut beliau. Ish! Bahaya juga orang perempuan ni kan?

Baik, kenapa aku tak marah? Sebabnya mudah je, walaupun aku pakai kipas angin, tapi aku tinggal di rumah sendiri. Rumah sendiri yang aku bayar tiap bulannya dengan gaji aku. Berbeza dengan rakan ini, rumah “hebat” hanyalah sementara. Cukup masa, tuan rumah ambil semula.

Lagipun, aku dikira beruntung ada kipas kalau nak dibandingkan dengan mereka yang tak mampu pun nak beli kipas. InsyaAllah, jika aku ada rezeki lebih, bolehlah nak pakai aircond macam kalian, itupun jika keperluan rumah dan anak bini sempurna. Ini nak pakai aircond, keperluan keluarga kurang, baik lupakan je.


Ke aku salah?

4 ulasan:

  1. Hurmm...jangan pandang rendah pada kehidupan orang lain, kita tak selamanya di atas kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. takpelah..kadang-kadang mereka lupa pasal tu..hehehhe

      Padam
  2. betul la tuh..sekurang kurangnya rumah tuh rumah sendiri bukannya rumah sewa. Kalau pakai aircond lepas tuh bill melambung plak..baik guna duit untuk keperluan lain yang lagi penting. pandapat saya la.. p/s: sy pon xde aircond. pakai kipas jgk.hehehe

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.