Uzu Emas Putih kena hentam dengan Fizo?
Uzu Emas Putih kena hentam dengan Fizo?. Rasanya aku baru je
baca review pasal restoran milik pelakon terkenal, Restoran Fizo Mawar Kitchen.
Review oleh uzu dari blog kisahemasputih tu, sebenarnya adalah ikhlas dari diri
dia. Yelah, blogger kan, mana-mana diarang pergi, diarang akan cerita dalam
blog.
Baru-baru ni, aku baca dulu entry pasal uzu memohon maaf
atas penulisan yang dia tulis. Katanya jadi viral dan penyebab kepada
pengurangan pengunjung ke restoran artis berkenaan. Boleh baca entry ni : PermohonanMaaf Fizo Omar Kitchen Terhadap Review Emas Putih.
Betul jugalah apa yang uzu cakap tu kan, kita kalau nak
bercerita pasal sesuatu perkara ni, kita akan cerita pasal perkara yang betul,
perkara yang kita rasai dan lalui. Kalau aku pun, aku akan cerita perkara
sebenar. Bukanlah niat untuk menjatuhkan, tidak sama sekali. Cuma, menceritakan
perkara sebenar.
Dan ni, baru je sekejap tadi aku baca pasal Fizo omar tegur
penulis blog emas putih. Katanya, kritikan yang dibuat seakan mempunyai niat
yang tersirat. Boleh baca artikel ini : Fizo Omar Tegur Penulis Blog KritikServis Restorannya.
Katanya, adalah lebih elok menghantar mesej peribadi atau
email kepada beliau mengenai kelemahan ataupun penambahbaikan pada restorannya.
Jika di tanya pada aku, aku lebih suka bercerita secara terbuka. Terbuka maksud
aku, melalui blog. Sebabnya, aku beranggapan, jika menulis email atau mesej
peribadi, kebarangkalian untuk dijawab itu rendah. Itu pada aku.
Apa pun, aku bukanlah berniat menambah cerita atau
membesarkan lagi cerita ni, aku sekadar meluahkan apa yang aku rasa. Kita bukan
berniat nak menjatuhkan perniagaan orang melayu. Apa yang kita mahu, orang
melayu terus bangkit dan berjaya di dalam apa jua yang mereka usahakan. Itu sahaja.
Dah alang-alang ini, aku pun nak share juga menu yang tengah
hot sekarang ni. Hehehe. Pernah rasa kari hijau laici? Kari hijau tau, bukan warna oren yang biasa kita makan tu. Ha, lagi satu, nasi goreng laici. Pernah rasa? Kalau nak rasa atau ada terasa nak rasa, korang boleh terus ke sini: Koleksi resepi istimewa menggunakan laici.
dah baca semua cerita2 tu.. hurmm kat situ ada pro & cont dik..
BalasPadamsusah nak kata karang cakap lebih2 org marah plak.. pandai2 fikir je lah.. hihi
hidup blogger!
BalasPadam