Viral kes gadis di culik.

Disember 30, 2015

Sumber : Thehypemedia

Viral kes gadis di culik. Rasanya semua orang pun dah tahu cerita ni. Pasal seorang budak perempuan yang di culik dan mengenai rakaman audio perbualan suara di antara gadis ini dan kakaknya. Mendebarkan! Itu je kut yang boleh aku cakap.

Sempat juga aku tanyakan pada seorang rakan yang bekerja sebagai anggota keselamatan mengenai isu ini. Katanya, biarkan pihak polis Malaysia yang menyiasat dan seperti biasa, jangan sebarkan berita yang tidak betul atau boleh menyebabkan kejadian yang tidak elok berlaku.


Isu kes penculikan van putih ni macam dah lama berlaku dekat Malaysia ni. Dan kalau tak salah aku, mengikut cerita, gadis ini juga diculik dengan menggunakan van putih! Kenapa mesti van putih? Apakah ianya adalah 1 organisasi penculikan? Dah pasti, perkara macam ini, dilakukan secara kumpulan yang besar dan bukannya dalam kelompok yang kecil.

Bila berlakunya isu semacam ini, aku pasti, ramai dari kalangan kita akan menjadi takut atau gusar untuk berada di luar rumah. Yelah, kalau korang dengar rakaman audio suara tu, mesti korang dah boleh rasa, macamana perasaannya berhadapan dengan situasi semacam tu. Kita yang bukan ahli keluarga mangsa pun jadi berdebar-debar.

Apa yang boleh kita dilakukan sebagai orang awam, adalah dengan membantu pihak berkuasa terutamanya pihak polis menjalankan kerja mereka. Jika ternampak atau tahu lokasi berkaitan, segeralah hubungi pihak berkuasa. Tak lupa juga, marilah kita bersama-sama berdoa, agar tidak ada apa-apa yang buruk berlaku. Dan tak lupa juga berdoa agar diri kita sekeluarga dijauhkan daripada perkara yang tidak di ingini.


Bersama-sama kita menjaga diri dan keluarga ya!

2 ulasan:

  1. dua tiga hari ini jenjalan..tak jumpa budak tu.

    risau juga dibuatnya bila budak-budak mudah betul hilang sekarang nih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. babi betul penculik sekarang nie..kalau anak jantan hadapan lah nk gaduh klu ank jantan sialll..sumpah aq cakap dapat kt aq penculik tu memg aq sembelih hidup2..

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.