Bolehkah cium anak masa tidur?

Bolehkah cium anak masa tidur?. Aku pernah cerita pasal benda ni dekat blog ceritaejoy sebelum ni. Dan sehingga kini, carian ini menjadi di antara yang paling banyak di blog aku. Aku juga ada terbaca di dalam laman sosial FB yang bercerita akan hal ini. Nampaknya, ianya bukanlah 1 isu remeh. Ramai ibubapa yang mencari jawapan apakah menjadi kesalahan mencium anak sendiri?
Tak perlu kata orang lainlah, aku sendiri pun suka cium anak
aku masa mereka tidur. Aku suka lihat wajah mereka ketika mereka tidur. Aku tenang
dengan menatap wajah mereka. Tapi, kenapa wujud pula isu jangan cium anak masa
tidur?
Dari apa yang kita semua tahu, adalah elok kita
bercakap-cakap dengan anak semasa mereka dalam proses nak tidur. Kata orang,
kalau kening mereka bergerak-gerak, itu bermakna mereka mendengar apa yang kita
cakap.
Ada juga cara yang mana, kita berdoa dengan bercakap dengan mereka, juga
semasa mereka tidur. Tapi, persoalan sekarang, betul ke dengan mencium anak
semasa mereka tidur, boleh menyebabkan anak menjadi degil?
Baca juga : 10 hadiah terbaik untuk sang lelaki.
Yang sebenarnya, kalau kita cari dekat mana-mana pun, agak
susah untuk kita jumpa dengan larangan mencium anak semasa tidur ni. Yang aku
tahu, nabi sendiri mengalakkan kita untuk cium anak-anak kita. Kerana dengan
itu, kasih sayang antara ibubapa dan anak-anak menjadi semakin erat!
Jadi macamana boleh timbul isu tak boleh cium anak masa
tidur ni? Itu aku kurang pasti. Lagipun kalau nak kata anak degil sebab kita
cium dia, memang tiada kepastianlah. Yang confirm ada adalah, cerminan yang
ditunjukkan kepada anak-anak oleh ibubapa itu sendiri yang menyebabkan mereka
menjadi degil.
Contohnya apa? Contohnya, nabi mengajar kita, jika ingin
memukul anak (dengan kesalahan yang betul) pukullah di tapak kaki mereka dan
bukannya dengan anggota badan kita. Ini adalah kerana, jika kita memukul anak
dengan tangan kita pada anggota tubuh anak, sebagai contohnya tangan anak, ia
akan menyebabkan anak menjadi tidak mahu mendengar kata dan akan menyebabkan
anak menjadi semakin degil.
Juga isu hubungan ibubapa. Pernah dengar mengenai, jika
terdapat konflik di antara ibubapa, jangan perlihatkan kepada anak-anak. Ini adalah
kerana, anak-anak akan menjadi stress dan sekaligus menyebabkan mereka menjadi
degil.
Oleh yang demikian, isu jangan cium anak masa tidur ni, pada
aku, hanyalah diajar oleh orang tua-tua dulu. Ianya mungkin adalah untuk
mengelakkan anak menjadi tidak selesa untuk tidur. Itu hanyalah pandangan aku
semata-mata. Kerana anak adalah anugerah Allah yang tidak terhingga. Sayanglah kalau
kita tak boleh nak peluk cium mereka. Kan?
Tepuk dada tanya diri sendiri..
boleh atau tak.
BalasPadamboleh aje.
anak sendiri. cium je la. bukan bini orang lain.
tak tahu relevan ke tak larangan tu..tapi saya pon suka cium anak masa tidur. harap baik-baik ja. jempu baca entry terbaru di blog saya tuan
BalasPadamhttp://dotneeda.blogspot.my/2017/01/tanda-tanda-barah-usus-yang-perlu-kita.html