Orang miskin pun tak terlepas dari hasad dengki.

Orang miskin pun tak terlepas dari hasad dengki. Manusia kan,
ada jenis yang memang segala macam pun dia tak puas hati. Pelik! Kalau orang
lebih sikit daripada dia, dia sakit hati. Itu memang biasa kita dengar la kan? Tapi
ada juga jenis manusia, orang miskin pun dia tak boleh tengok, dia sakit hati. Hitam
legam hati manusia macam ni.
Ceritaejoy macam ni, aku beli 1 barang ni. Takdalah mahal
mana pun. Beli dengan harga pasar malam, nak beli dengan harga original, memang
aku tak mampu. Pakai pun sekadar nak senangkan diri sendiri je. Nak dijadikan
cerita, orang sekeliling pun ada perasan pasal benda ni.
Bila dah perasan, mulalah mereka nak tunjuk apa yang mereka
ada. Yelah, mereka beli yang original. Harga ratus-ratus. Tak macam kita, beli dekat pasar malam je. Apa-apa
cerita, akan update dekat media sosial sambil postkan gambar barang mereka. Sebelum
ni takda pun, kenapa sekarang bukan main beriya lagi nak tunjuk apa yang
mereka ada?
Aku? Biarlah apa mereka nak buat. Aku tau, diri aku belum
cukup mampu nak pakai barang macam mereka semua tu. Cukuplah sekadar
menyenangkan aku. Walaupun kurang berkemampuan, alhamdulilah, aku punya rumah
sendiri (walaupun bukan banglo),kereta(walaupun tidak mewah) motosikal
(walaupun bukan superbike) dan keluarga serta anak-anak. Cuma tak mampu nak
pakai barang original je.
Tapi itulah manusia kan, selagi mana kita tak jatuh tersungkur,
selagi itulah mereka akan sakit hati. Aku pun tak paham dengan manusia jenis
macam ni. Pelik! Aku bukan tergolong dalam orang kaya, yang banyak harta, bukan
pakai kereta international pun, pakai kereta buatan Malaysia je, nak sakit hati
dengan aku buat apa?
Aku bekerja sendirian, wife jadi surirumah sepenuh masa. Tapi
alhamdulilah, aku punya semua keperluan. Walaupun tak mewah, tapi alhamdulilah
ada. Itu rezeki masing-masing la kan? Aku bersyukur, dalam pada aku kesempitan,
pasti ada ruang untuk aku keluar. Nak bersenang-senang pun, sekali setahun. Bukan
macam mereka yang kerap bersuka ria.
Cuma satu yang aku nampak, jika aku suka sesuatu tu, dan
kalau harganya aku boleh cari, aku akan usaha. Contohnya macam ni, memang benar
aku tak mampu nak pakai yang ori macam “rakan-rakan” aku, tapi ada
barang-barang “bukan ori” yang aku beli, harganya lebih mahal daripada harga
yang ori.
Contohnya barang A, harga orinya RM3XX. Aku pula minat
dengan barang B, gred AAA, harganya boleh mencecah RM5XX. Mungkin atas sebab
itulah, ada rakan-rakan yang iri hati. Tapi mereka lupa akan sesuatu, aku
mengambil masa yang lamaaa untuk dapatkannya. Ianya bukanlah semudah yang
disangka. Tapi apa boleh buatkan, orang mana tahu benda tu, dia tengok kita
pakai, dia sakit hati.
Biarlah..
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com