Apa yang dimaksudkan dengan mempertahankan diri?
Nampaknya isu lelaki yang boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati akibat cuba mempertahankan diri daripada perompak semakin panas dan banyak dikongsikan di media massa. Aku yang mendengar pun jadi sakit hati.
Yelah, kita nak protect diri kita daripada penjenayah, tapi kenapa kita pulak
yang disalahkan? Dan aku juga terus menyalahkan kerajaan, yang mana aku lihat, terdapat
ketidakadilan di situ.
Bila di dalam keadaan seperti ini, semua orang nampak, yang
mana, perompak mempunyai “kuasa khusus” bagi melindungi mereka. Ia semacam menggalakkan lagi kerja merompak ni. Apa dah jadi dengan undang-undang di Malaysia?
Bukankah kes bunuh ketika mempertahankan diri adalah tidak salah? Tidak salah
sebabnya, yelah, perompak masuk rumah kita kut. Kalau kita tak cederakan/bunuh
dia, dia bunuh kita balik.
Lepas tu, kalau perompak tu cederakan ahli keluarga atau lebih
teruk, rogol! Macamana? Siapa yang tak sakit hati kan? Kalau aku pun, aku akan
buat apa sahaja untuk mempertahankan diri dan ahli keluarga aku.
Untuk mendapatkan
kepastian dan mengetahui dengan lebih
lanjut pasal benda ni, aku jumpa sendiri dengan seorang pegawai penyiasat
bahagian jenayah yang juga kawan baik aku.
Setelah diterangkan dengan secara terperinci, dan juga dari
apa yang aku faham, aku cuba kongsikan di blog ceritaejoy. Ini adalah apa yang disampaikan oleh beliau. Ianya mungkin berbeza pendapat ataupun terdapat
penambahan daripada orang lain.
Aku cuba terangkan 1 persatu melalui kebarangkalian kes-kes yang berlaku.
Aku cuba terangkan 1 persatu melalui kebarangkalian kes-kes yang berlaku.
Kes pertama.
Di dalam situasi di mana perompak memasuki rumah. Dan di
tangan perompak tersebut ada senjata. Ambil contoh parang. Dan pemilik rumah
juga sempat mencapai senjata yang sememangnya disimpan di rumah.
Katakan
perompak cuba untuk mencederakan pemilik rumah. Pemilik rumah mengelak dan
menikam perompak tersebut dengan SEKALI tikaman. Dan perompak tersebut mati.
Di dalam kes ini, terdapat usaha untuk pemilik rumah
mempertahankan diri beliau. Dan pemilik rumah boleh terlepas daripada tuduhan
membunuh.
Kes kedua.
Juga di dalam situasi yang sama seperti kes pertama tadi. Tapi
kali ini, ketika perompak dalam keadaan ingin mencederakan pemilik rumah. Pemilik
rumah mengelak dan kemudiannya menikam perompak tersebut. Perompak tersebut
jatuh tapi tidak mati.
Pemilik rumah kemudiannya menikam perompak berulang-ulang kali (mungkin di dalam
usaha untuk memastikan perompak tersebut benar-benar mati).
Di dalam kes ini,
ianya boleh dikaitkan dengan membunuh secara sengaja. Kerana tikaman di buat
berkali-kali. Boleh juga dikaitkan dengan tiada usaha mempertahankan diri.
Kes ketiga.
Perompak dalam usaha memecah masuk ke dalam rumah. Dan pemilik
rumah menyedari akan hal ini. Pemilik rumah mencapai senjata yang disimpan di
dalam rumah dan mengertak perompak. Perompak mengangkat tangan tanda menyerah
diri. Dan kemudian ada usaha melarikan diri.
Pemilik rumah mengejar perompak dan mencederakan perompak
yang akhirnya, menyebabkan perompak mati. Di dalam kes ini, boleh juga disabitkan
kesalahan membunuh dengan sengaja. Kerana, perompak tiada usaha mencederakan
pemilik rumah dan tiada usaha mempertahankan diri di situ.
Kes keempat.
Perompak masuk ke dalam rumah, dan pemilik rumah berjaya
menangkap perompak tersebut dan kemudiannya mengikat perompak. Di dalam usaha “menyoal
siasat” perompak tersebut, pemilik rumah ada melakukan “sentuhan” pada perompak
yang mana akhirnya menyebabkan kematian.
Di dalam kes ini, pemilik rumah juga boleh disabitkan kesalahan
membunuh dengan sengaja.
Kes kelima.
Perompak masuk ke dalam rumah dan bersenjatakan pistol. Di dalam
usaha mengambil harta yang ada, pemilik rumah berjaya mencapai senjata dan
mencederakan perompak yang mana mengakibatkan perompak mati.
Dari apa yang diterangkan, pemilik rumah boleh terlepas
daripada tuduhan membunuh. Sebabnya, pistol itu adalah senjata berbahaya.
Ini adalah sebahagian cerita yang boleh aku kongsikan. Dari apa
yang disampaikan, perompak itu sememangnya bersalah kerana memecah masuk ke
dalam rumah. Dan aku tahu, semua orang akan cakap *termasuklah aku*:
“lepas tu, perompak tu masuk rumah nak diam je? Nak biar je dia bunuh
kita?”
Aku cuma boleh cakap, rujuk semula kes-kes yang aku senaraikan
di atas, dan fahami. Takut nanti, kita memang benar nak pertahankan diri dan
keluarga, tapi dalam sedar tak sedar, kita pula yang boleh dijatuhkan hukuman.
Memang betul, bila di dalam keadaan macam tu, mana sempat
nak fikir ni semua. Apa yang ada depan mata pun jadi. Dan nak jadi apa pun
jadilah. Bila disabitkan kesalahan, barulah kita akan berfikir tentang
segalanya.
Aku tahu, di dalam keadaan tertentu, emosi pasti mengatasi
segalanya. Macam yang rakan aku sampaikan, biar pihak polis jalankan tugas
mereka. Jika nak menghukum seseorang itu, janganlah sampai kepada tahap
membunuh. Di dalam kes yang tak dapat dielakkan, aku sendiri tak pasti akan
jawapannya. Itu terserah kepada diri sendiri dan undang-undang.
Terima kasih.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com