Kenali jenis darah ganjil : Darah O Bombay @ Bombay Type Blood.
![Darah O Bombay @ Bombay Type Blood. http://ceritaejoy.blogspot.my/](https://2.bp.blogspot.com/-D951Tu1Iv3w/ULaaFzUHteI/AAAAAAAAU0c/rmJSbhLEuHs/s1600/784px-Bombaysvg-1.png)
Kenali jenis darah ganjil : Darah O Bombay @ Bombay Type
Blood. Semalam, aku terjaga awal dari tidur. Biasanya, aku terjaga jam 0400
atau 0500, tapi semalam, aku terjaga jam 0050! Adoi, terfikir sekejap aku, jam
aku salah ke? Dah check dengan semua jam dekat rumah, semuanya betul. Lepas tu
aku tidur jam berapa semalam? Hish!
Bila dah terjaga, memang confirmlah susah nak tidur balik. Aku
pun layanlah fb kejap. Dalam banyak-banyak status yang dikongsikan, ada 1
status yang betul-betul menarik perhatian aku. Bilamana ada seorang rakan di fb
yang meminta bantuan penderma darah. Bila debut derma darah ni, mesti ramai
yang bersimpati dan ingin menghulurkan bantuan. Tapi, kali ini, macam susah
sikit bilamana darah yang di cari adalah dari darah jenis O Bombay @ Bombay
Type Blood.
Darah apa tu? Aku tak pernah dengar pun? Kenapa mesti Bombay?
Yang aku tahu sepanjang hayat aku ni, darah O+ dengan darah O- je. Ini pelik. Betul
ke darah O Bombay? Aku baca komen yang ada, memang betul, rakan itu meminta
bantuan penderma darah dari jenis yang ini. Yang menjadi masalahnya, ada ke
pemilik darah ini di Malaysia?
Baca juga : Apa Itu Aplikasi Netflix?
Disebabkan terlalu banyak persoalan yang timbul, pagi ni aku
sambung cari maklumat berkaitan darah jenis O Bombay @ Bombay Type Blood ni. Macam
biasalah, bila kita search maklumat yang kita nak, blog daripada Negara Indonesia
sering berada di top rank google. Blogger Indonesia sememangnya hebat di dalam
SEO.
Ok, dalam bacaan ringkas aku, darah ini pertama kali ditemui
di Bombay, India oleh Bhender pada tahun 1952. Jadi atas sebab itulah, ianya di
namakan sebagai O Bombay @ Bombay Type Blood. Nisbah pemilik darah ini di
seluruh dunia adalah bersamaan 1:250000. Ini bermakna seorang daripada 250,000
memiliki darah jenis ini. Manakala di india, nisbahnya bersamaan 1:7500. Ini bermakna,
darah ini banyak ditemukan di india terutamanya di bahagian Maharashtra iaitu
bahagian barat India.
Itu kita cerita pasal dunia, macamana pulak dengan Malaysia?
Di Negara ini, dikatakan pemilik darah O Bombay @ Bombay Type Blood adalah
sebanyak 1%!! Hanya 1 % sahaja?? Jadi, mengikut komen yang aku baca dekat fb
semalam, ada seorang rakan fb ini yang komen, dia cakap, hanya ada 2 atau 3
orang sahaja pemilik darah ini di Malaysia itu adalah benar sama sekali? Erks!
Ada juga yang bertanya, adakah darah jenis O+ atau O- boleh
menderma? Dari apa yang aku faham, hanya mereka dari golongan darah O Bombay @
Bombay Type Blood sahaja yang boleh menderma. Darah jenis lain tak boleh
walaupun dari jenis O. huish! Sungguh mahal darah ni. Ganjil serta berbahaya! Manakan
tidak, hanya beberapa orang sahaja yang memiliki darah ini di sini. Lepas tu,
simpanan darah jenis ini juga kurang atau langsung tiada di pusat darah Negara.
Hmm, adakah mereka yang memiliki darah jenis O Bombay @
Bombay Type Blood seharusnya berbangga kerana mereka memiliki darah di antara
paling “rare” di dunia? Atau mereka perlu sentiasa merasa gusar kerana akan
berhadapan dengan masalah yang boleh melibatkan nyawa apabila berhadapan dengan
situasi di mana mereka memerlukan darah orang lain?
Dalam situasi ini, aku sendiri tak boleh nak cakap apa. Tetapi
kalau kita redha dengan apa yang telah diberikan oleh Allah kepada kita, pasti
kita akan sentiasa bersyukur dengan setiap yang berlaku. Semoga perkongsian ini
sedikit sebanyak memberi penjelasan kepada semua mengenai kisah darah ganjil :
Darah O Bombay @ Bombay Type Blood ini.
baru tau wujud darah jenis ni. org darah O boleh kan derma dekat org darah O Bombay?
BalasPadammengikut apa yang saya baca, hanya dari jenis darah yang sama sahaja. Darah O pun tak boleh derma dekat darah O bombay.
Padamsaya pun baru tahu semalam..:)
BalasPadamsib baik kita darah O ja.. baruku tahu O Bombay itu darah pelik dan aneh he..
BalasPadamha..memang pelik..owh darah o jugak eh..saya o+..hehehe
Padam