Blog reviews : Shahida Dzulkafli.
Blog reviews : Shahida Dzulkafli. Baiklah, ini adalah blog berkisarkan catatan seorang ibu, isteri dan anak. Ha, mendalam maksudnya tu tau. Tapikan, ada juga berkisarkan mengenai makanan. Ha! Yang itu aku suka, pasal makanan. Hahahha, orait, jom kita tengok lagi, apa yang menariknya blog http://kasihkuamani.blogspot.com/ ini.
Baiklah, jika di tanya secara ikhlasnya pada aku, aku rasa susunan di dalam blog ini ada sedikit yang perlu di ubah. Terutamanya pada bahagian bawah blog. Itu pada aku, tapi aku pasti, pemilik blog mempunyai sebab yang kukuh dengan setiap susunan di dalam blog. Banyak bermain dengan warna ungu. Ahha, teringat anggur. Sedap kalau dapat makan sejuk-sejuk sambil tengok movie. Hehehe.
Ahha! Blogger utara! Hai, kita sama (walaupun aku bukan utara sangat) hahahaha. Banyak juga cerita pasal novel dan drama ya? Ahha! Ada cerita pasal jerebu. Alhamdulillah, sekarang ni malaysia dah takda jerebu. Kalau tidak, nak keluar rumah pun takut. Kesian dekat anak-anak terkurung je dalam rumah.
Ha, aku terbaca 1 petua menarik dekat blog ni. Petua bersihkan udara di dalam rumah. Sungguh tak pernah pun aku terfikir sebelum ni. Caranya pun mudah. Ambil sehelai kain tuala basah dan letakkan di dalam kipas yang berpusing. Katanya, kipas yang berpusing itu akan menarik habuk dan debu yang ada di dalam rumah dan akhirnya akan menyebabkan ianya terperangkap di kain tuala tersebut. Ha, mudah kan?
Yang sebenarnya, banyak lagi yang korang boleh dapat kalau berkunjung ke blog Shahida Dzulkafli ni. Ha, boleh juga menambah kenalan blogger yang bertukar pendapat. Confirm pemillik blog ini bukanlah orang yang sombong. Kan? Jom, kita kesana di http://kasihkuamani.blogspot.com/.
Terima kasih atas review yang diberi..
BalasPadamOhsem sangat..
Terima kasih ye..
Singgah pagi isnin..
BalasPadamSelalu jugak singgah blog kasihku amani nie.. :)
nak gi tengoklah blog tu
BalasPadam