Dah Memang Kita miskin..


Dah Memang Kita miskin..Hati aku, nak kata terusik dengan ayat tu, tak jugak. Nak marah? Untuk apa? Kenapa perlu marah bila orang dok cakap kita ni miskin. Mesti ada sebab kenapa mereka cakap macam tu. Jangan terus nak marah je, tapi cuba tengok balik diri, keluarga dan kewangan.

Wife aku, bila aku cerita dekat dia, orang cakap aku ni miskin, terus dia marah. Aku tanya balik dekat dia, aku tak marah pun, tapi kenapa dia nak marah. Katanya, dia sakit hati, kata dia lagi, apa orang yang cakap tu kaya sangat ke? Banyak sangat ke duit dia? Aku cakap, ya! Memang mereka kaya, sebab itu mereka kata orang lain miskin.

Aku bukan apa. Aku tengok balik diri aku. Apa yang aku ada. Aku cuma ada superbike ceritaejoy je. Itu sahaja yang aku ada *tak termasuk isteri dan anak-anak ya* Sebabnya, itu sahaja je yang dah habis bayar.



Kereta? masih berhutang lagi dengan bank. Bila sebut hutang je, secara automatik harta tu bukan milik kita, tapi milik bank. 

Rumah? Aku minta maaf cakap, aku memang dah beli rumah sendiri. Harga pun standard untuk orang yang macam aku ni. Rm180k-Rm250k. Wife aku cakap, orang yang sibuk dok cakap aku ni miskin tu pun tak beli rumah lagi, duk rumah sewa.

Memang betul, itu pada fikiran wife aku, tapi tak pada aku. Sebabnya? Sama macam kes kereta tadi, selagi mana kita perlu bayar pada pihak bank, itu bermakna, harta yang kita ada sekarang, bukan milik kita.

Katakanlah jadi apa-apa dekat aku, yang mana mengakibatkan aku tidak mampu lagi menjana income. Apa akan jadi dengan harta-harta ni? Cuba jawab..

Betul! Pihak bank akan ambil balik semua harta tu dan mereka bukan sekadar ambil sahaja, silap-silap mereka bagi "title" lagi dekat kita.

Sebab tu aku tak marah bila orang cakap aku ni miskin. Bukan aku nak cakap apa, orang kita, ya orang kita. gaji baru RM3k, dah mula sombong dah. Dah angkuh sangat dah.

Tu, depa tu, income bulanan puluh ribu, tapi masih kerja tungkus lumus. Puluh ribu tau! orang kita, dapat 3k sebulan, dah rasa mewah sangat dah. Dah rasa senang sangat dah.

Aku selagi mana, belum cukup simpanan belanja selama 3 tahun, aku akan rasa diri aku ni miskin. Selagi mana, aku masih perlu membayar pada pihak bank, itu bermakna, aku masih belum mempunyai apa-apa harta.

Biarlah orang nak cakap apa, asalkan kita tahu dekat mana kedudukan diri kita dan kewangan kita. Yang sebenarnya, aku suka juga dengan mereka ni, sebabnya, mereka memberi aku lebih semangat untuk menjana pendapatan aku.

Terima kasih kawan-kawan semua!

4 ulasan:

  1. Bukan miskin tu cuma duit tak lebih je :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya lebih suka anggap diri saya miskin. Sebabnya, kalau saya anggap duit tak lebih, nanti saya akan berasa selesa dengan kehidupan saya. ha.

      Padam
  2. Gaji 4k dengan komitmen rumah, kereta, bil bulanan, barang dapur rumah dan anak kecil baru jer seorang pun masih terasa perit...Memang betul ler tu bila fikir fikir balik...Miskin... Bukan tak bersyukur...Hakikatnya barang mahal sekarang oiii....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Gaji besar pun kalau semua barang mahal, tak jadi apa juga. ish.

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.