Blog reviews : Jombercontest.

November 15, 2015
Jom Bercontest

Blog reviews : Jombercontest. Ok, ini adalah blog kedua oleh Hani Fadhlina Abdul Rahman. Blog ini diwujudkan khas untuk contest sahaja. Yelah, nama pun blog jom bercontest kan? Hehehe. Ahha, pemilik blog sememangnya suka dengan warna hijau ya. Sebabnya, blog ini juga banyak menggunakan warna hijau.

Ahha. Contestkan? Salah satu cabang buat duit bagi blogger. hehehhe. Yelah, kalau jenis hadiahnya adalah wang, kena pula kita menang, untunglah kan? Hehehe. Entry terbaru Giveaway Simple by cik akak & sponser. Aku pun tak sempat nak join. hehehehe. Bukan tak suka nak join, tapi masa aku sekarang sedikit terhad pada blog. Jadinya, aku perlu curi-curi masa aku untuk jengak blog ceritaejoy ni.



Hmm, yang sebenarnya, bagus juga tau blog seperti ini. Sebab apa aku cakap bagus? Sebabnya, dalam 1 blog, korang boleh join macam-macam segmen atau giveaway. Berbeza kalau korang perlu pergi ke satu-satu blog untuk join contest. Ha, korang nampak tak? Semuanya di gabungkan menjadi 1. Hebat!

Oleh yang demikian, aku ingin menyeru kepada semua, ayuh! Kita singgah ramai-ramai dan bikin havoc dekat blog Jombercontest ni di http://jombercontest.blogspot.my/. Aku dah pun jadi kawan, sebabnya, senang nanti kalau aku nak join contest rakan-rakan blogger yang lain. hehehe. Korang bila lagi? :)

2 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.