Garangkah aku?


Garangkah aku?. Kalau di tanya pada aku, dah tentulah aku sendiri tak tahu jawapannya. Aku bukannya seorang yang cepat marah. Aku tak suka nak meninggikan suara secara tiba-tiba. Aku lebih banyak berdiam diri daripada mengeluarkan kata-kata, namun kata-kata itulah yang aku dengar daripada rakan aku, malahan rakan-rakan kepada isteri aku. Ish. Panas Baran Lelaki.

Aku bukan seorang yang cepat marah tetapi jika ada perkara yang bersangkut dengan perkara yang aku tak suka, dan ianya sudah aku luahkan beberapa kali, aku akan jadi hilang sabar. Masalah yang aku kenal pasti di dalam diri aku adalah, aku kurang mesra atau mudah tersenyum dengan mereka yang tidak rapat dengan aku. Tetapi, aku sangat pasti, jika mereka sudah aku kenal, 100% keseronokan akan aku berikan kepada mereka.

Aku bukanlah orang yang Suka Marah Tanpa Sebab. Marah aku semuanya bersebab. Aku tak pastilah kalau ada orang yang tiba-tiba je rasa nak marah. Itu mungkin berkaitan dengan masalah emosi. Tetapi tak pada aku ya. Aku normal. Hehehe. Oklah, sekarang aku nak tanya, cuba korang tengok pada gambar aku dekat sebelah kanan blog ceritaejoy ni. Apa pandangan korang? Korang rasa, aku jenis yang cepat marah tak? Atau garang ke? Macam yang rakan-rakan isteri aku katakan? Ish.

Aku sebenarnya tak suka nak marah-marah sebenarnya. Sebabnya aku jenis manusia Cepat Marah Lambat Reda. Ha. Sungguh. Aku kalau terasa hati dengan seseorang tu, memang susah aku nak betulkan. Makan masa panjang. Aku tahu benda tu tak elok, tapi, ish, tak tahulah macamana aku nak cakap. Korang tau tak macamana nak terangkan?

Aku tahu, marah itu api. Api itu syaitan. Jadinya kalau kita suka marah-marah, kita dah terdengar bisikan syaitan. Oleh yang demikian, aku lebih suka berdiam diri dan hanya benar-benar bergurau dengan mereka yang sudah aku kenal hati budinya. Jadinya, kalaulah, kalaulah korang berjumpa aku di luar *bukan dalam dunia blog* janganlah takut-takut nak tegur ya. Saya tidak sombong cuma tak suka senyum. hehehhe.

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.