Buat Duit Online Tanpa Modal.
Buat Duit Online Tanpa Modal. Zaman sekarang, ramai yang memilih untuk Jana Pendapatan Online. Ianya sememangnya lebih mudah dan selesa. Masalah masa adalah perkara paling utama kenapa ramai yang memilih untuk membeli belah secara online. Pengunaan gadget secara menyeluruh juga memainkan peranan yang sangat penting di dalam perkembangan perniagaan online.
Baik. Aku nak bercerita tentang Jana Pendapatan Online Tanpa Modal. Dan topik aku adalah lebih menjerumus kepada penggunaan blog. Blog merupakan salah satu kedai online bagi mereka yang ingin menjalankan perniagaan secara alam maya ini. Blog juga di anggap sebagai medium pengiklanan terbaik. Jadi tak hairanlah jika banyak blog baru yang muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan.
Hari ini aku nak kongsikan beberapa cara bagaimana korang boleh Buat Duit Dengan Blog Tanpa Modal. Kenapa tanpa modal? Kerana tidak semua daripada kita yang mempunyai wang yang cukup untuk memulakan perniagaan. Wang permulaan perniagaan juga bukanlah sedikit, oleh yang demikian, ramai yang memilih untuk menjalankan perniagaan tanpa modal ini. Jadinya, aku kongsikan beberapa cara, bagaimana korang boleh buat duit dengan blog tanpa modal.
1. Nuffnang.
Nuffnang merupakan cara paling banyak digunakan oleh blogger dalam menghasilkan pendapatan secara online khususnya untuk blog. Ia tidak memerlukan modal dan proses kelulusannya juga sangat mudah. Apa yang perlu korang buat adalah, hanya pasangkan code iklan pada blog. Kemudiannya pengunjung blog anda akan klik pada iklan tersebut dan bayaran akan dikira daripada klik yang terhasil. Ini bermakna, lebih banyak pengunjung yang klik, lebih banyaklah yang bakal anda perolehi. Harus di ingatkan, pengunjung yang klik ya, bukan pemilik blog. Ya!
Jika korang berminat dengan Buat Duit Dengan Blog melalui nuffnang, korang boleh register dekat sini: http://www.nuffnang.com.my/
2. 8share.
Ini juga salah satu daripada cara untuk Jana Pendapatan Online Tanpa Modal. Apa yang korang perlu buat adalah, kongsikan iklan korang samada di blog, di twitter atau di facebook dengan kreativiti korang. Sama juga seperti nuffnang tadi, bayaran akan dibuat melalui klik yang terhasil. Apa yang korang perlu tahu adalah, 1 klik iklan bersamaan dengan RM0.20! Itu sudah di anggap nilai yang besar.
Caranya juga sama seperti tadi, korang perlu register dahulu di sini : 8share
3. Ashadee.
Ini juga salah satu cara jana pendapatan online tanpa modal. Sama juga seperti 2 perkara di atas, korang hanya perlu letakkan iklan yang ada di blog. Bayaran akan di buat melalui pembelian yang terhasil.
Korang boleh register di sini ya : Ashadee.
4. Jobdirumah.
Ini juga salah satu cabang penghasilan pendapatan online tanpa modal. Sama juga caranya, iklankan di blog, dan jika ada rakan-rakan yang sertainya, korang akan dibayar. Bayaran untuk 1 rakan yang sertai adalah sebanyak RM25.00!
Korang boleh register di sini ya : Jobdirumah.
5. Popads.
Cara ini aku rasakan paling mudah. kenapa? Sebabnya, bila pengunjung masuk ke blog korang, bila mereka klik sahaja pada mana-mana menu, korang akan dapat duit. Ha. Mudah kan? Cara nak apply pun mudah juga. Hehehe.
Korang boleh klik di sini dan ikut semua arahan yang disediakan ya : Popads.
Rasanya cukup setakat ini lah perkongsian mengenai Buat Duit Online Tanpa Modal ni. Sebenarnya ada banyak lagi, macam contoh adsense. Tetapi untuk apply akaun adsense bukanlah mudah seperti iklan-iklan di atas ya. Dan aku juga senang nak kasitau yang bahawasanya, aku telah di reject kali ke 8 atau 9 oleh adsense. Susah kan? Ish. Oklah, pada korang yang nak Buat Duit Dengan Blog Tanpa Modal tu, bolehlah cuba medium iklan di atas. InsyaAllah, ada rezeki tu. Daa~
Apa pendapat admin tentang kerja online atau affiliate produk kesihatan. 1 order 8 usd. Jual malaysia?. saya ada peluang keduanya kalau admin minat. Jemput ke blog saya utk kongsi idea
BalasPadam[Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]
Admin Tumpang Share...
BalasPadamMain Simple Games Dan Dapatkan Duit Sebenar Dalam Matawang Euro
Klik Sini http://mgintro.blogspot.my/2015/03/apa-itu-marketglory-dan-cara-main.html