Cerita sebenar kemalangan ngeri di Highway kesas.
Cerita sebenar kemalangan ngeri di Highway kesas. Viral sungguh kes kemalangan di highway kesas yang mana cerita mengenai lumba haram yang mengakibatkan penunggang motosikal putus dua dan maut di tempat kejadian. Penuh juga gambar-gambar ngeri dalam memori handphone aku. Tak sanggup nak menengoknya. Seram!
Namun, itu hanyalah dusta semata. Cerita sebenar mengenainya adalah, pelumba motosikal itu semuanya hanya mengalami kecederaan. Baca berita mengenainya:
Pegawai Turus Trafik Selangor, Deputi Superintendan Azmi Mansur berkata, sebaliknya mangsa hanya mengalami kecederaan.
Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu mat rempit terbabit berlumba di lebuh raya itu sebelum terbabit kemalangan dengan kereta.
Katanya, kemalangan itu menyebabkan empat mat rempit terjatuh namun polis hanya menerima laporan berhubung kejadian daripada pemandu kereta berkenaan.
"Pemandu kereta terbabit membuat laporan polis di Balai Polis Trafik Klang Selatan petang tadi.
"Polis masih menjalankan siasatan terutama mengesan mereka yang terbabit dengan perlumbaan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Sementara itu wakil penganjur ketika dihubungi turut menyatakan tiada kematian dalam kemalangan itu sebaliknya empat pelumba terjatuh dan cedera.
Katanya, gambar yang menjadi viral itu sebenarnya kemalangan di Lebuhraya Persekutuan sebelum ini.
"Video yang menjadi viral itu memang betul tetapi gambar terbabit adalah kemalangan beberapa bulan lalu di Lebuhraya Persekutuan dan tak sangka ia menjadi viral," katanya.
Sumber : Harian metro.
Ahha! Gambar yang dikongsikan itu adalah gambar kemalangan di lokasi yang lain. Tetapi video yang dikongsikan adalah video sebenar. Kalau korang tengok video tu, tak perlu cakap korang lah, aku yang tengok pun, mesti akan percaya dengan gambar yang di kongsikan. Ngeri kut kemalangan tu. Siap berapi keluar bagai. Fuh! Menakutkan.
Aku tidaklah menyokong, cuma, bakat-bakat seperti mereka ni, kalau diketengahkan dengan cara yang betul, pasti mampu menghasilkan sejarah buat negara kita. Ada benarnya juga, mengenai perkongsian seorang rakan permotoran. Katanya, mereka yang berlumba haram ini tiada ruang khas, atau lokasi khas untuk mereka berlumba.
Lokasi perlumbaan sedia ada terlalu mahal. Di tambah lagi dengan jarak yang jauh/terlalu jauh dari lokasi mereka. Jadinya, lebuhraya di jadikan sebagai tempat untuk mereka berlumba. Aku bukanlah sesiapa, cumanya kalau lah kerajaan menyediakan satu litar khas untuk perlumba ini berlumba dan dengan kadar bayaran yang rendah, pasti masalah lumba haram ini dapat dikurangkan.
Atau mungkin juga boleh digunakan "lebuh raya khas" dan pada masa-masa tertentu bagi membolehkan mereka berlumba. Dalam masa yang sama, kehadiran mereka yang mampu membawa penunggang ini ke tangga yang lebih tinggi juga boleh menarik perlumba ini berlumba dalam cara yang lebih professional . Beri mereka ruang untuk menunjukkan bakat mereka.
Aku pasti, dengan ruang yang mereka ada, malaysia mampu memiliki bukan 1 atau 2, malah ramai pelumba professional. Sediakan ruang dengan kadar bayaran yang rendah. Ok. ini hanya pendapat aku. Ianya mungkin berbeza dengan pendapat orang lain. Orait?
Ngeri tengok video tersebut. Semoga kita semua dilindungi Allah
BalasPadamlaa tak betullah ye, tapi satu pengajaran juga buat mat-mat rempit ni.
BalasPadamYa betul tu bagi la ruang pada mereka yg berminat lumba motor ni tonjolkan bakat. Entah2 mat rempit ni lagi hebat dari pelumba sebenar.
BalasPadamMemang tak sanggup MV nak tengok video tu....ngeri kot
BalasPadampergh memang ngeri la video tu..
BalasPadam