Kisah mereka yang di beri peluang kedua selepas kemalangan ngeri!


Kisah mereka yang di beri peluang kedua selepas kemalangan ngeri. Kisah Kemalangan Ngeri Terbaru adalah melibatkan kemalangan di highway kesas. Bagaimanapun, ianya menjadi Viral apabila dikatakan kesemua yang terbabit meninggal dunia. Cerita yang sebenarnya, kesemua daripada mereka hanya mengalami kecederaan. Ini juga adalah peluang kedua diberikan kepada mereka.

Bercerita mengenai peluang kedua, tidak semua memperolehinya. Aku sangat pasti, mereka yang diberi peluang kedua ini akan benar-benar menghargai kehidupan mereka. Aku teringat kisah di mana seorang remaja perempuan terjatuh dari tingkat tinggi di sebuah apartment. Ianya mengakibatkan tempurung kepalanya pecah! Dan gadis ini masih hidup lagi sehingga sekarang. Boleh tak korang bayangkan bagaimana keadaan dirinya? Mungkin ada yang tidak percaya dengan cerita aku ni kan?

Inilah kehidupan dunia. Jika ajal masih belum mahu menjemput, kehidupan pasti diteruskan. Banyak sebenarnya kisah mereka yang di beri peluang kedua selepas kemalangan ngeri ini. Ianya boleh dijadikan panduan untuk kita untuk lebih berhati-hati dalam banyak perkara.



Kisah Tom Connelly, yang mengalami kecederaan parah akibat terkena mata gergaji *chainsaw* ketika sedang melakukan kerja memotong pokok. Banyak saluran darah di lehernya putus. Ramai yang menjangkakan beliau tidak akan hidup lama. Namun, dia masih lagi di beri peluang kedua meneruskan kehidupan. 

Sebenarnya, ada banyak lagi kes kemalangan ngeri tetapi mangsanya masih lagi hidup. "Kecacatan" yang di alaminya, pasti menggerunkan mana-mana mata yang melihat. Kalau yang melihat sudah merasa gerun, bagaimana pula dengan mereka yang merasai pengalaman itu sendiri? Tak terjangkau rasanya perasaan sakit itu. Ianya bukan sahaja menjadi pengalaman malahan menjadi mimpi ngeri kepada mangsa yang terlibat.

Namun, pasti ada sesuatu yang ingin disampaikan. Terpulang pada cara kita melihat sesuatu perkara yang berlaku itu. Macam yang aku cakap kan tadi, ini hanya sebahagian daripada kes kemalangan ngeri yang mana mangsanya masih lagi hidup. Kalau korang rasa, korang cukup kuat untuk melihat lebih banyak lagi gambar mereka yang terlibat dengan kemalangan ngeri, namun masih hidup sehingga sekarang, aku cadangkan korang baca artikel itu di Koleksi gambar mereka yang terlibat dengan kemalangan ngeri dan masih hidup.

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.