Hilang Selera Makan Tiba-tiba.


Hilang Selera Makan Tiba-tiba. Ha. Ianya berlaku secara tiba-tiba dan tiada sebab. Tiba-tiba je aku rasa selera makan aku hilang. Dan aku lansung tak nak makan. Dah kenapa kan? Kalau sebelum ni, pantang dihulur makanan kegemaran aku, cepat je aku habiskan. Tapi sekarang ni, tengok pun aku taknak. Kenapa weh?

Kalau Selera Makan Bertambah, mesti ada perkara yang menyeronokkan. Kalau Selera Makan Berkurang, mesti ada yang tak kena. Itu lumrah. Tapi dalam kes aku ni, ianya berlaku tanpa sebab. Ha. Ada 1 hari tu, aku balik kerja, wife dah sediakan makanan dan minuman kegemaran aku, sebabnya, aku kalau balik kerja, memang aku nak makan. Tapi hari tu, aku sikit pun tak jamah. Ha, aku balik, layan anak-anak bermain, tengok berita, baring dan tidur. Ish!

Sekarang ni, semua makanan yang aku makan, aku ambil sedikit je. Macam contoh nasi, aku cuma makan separuh daripada senduk nasi. Ha, korang boleh bayangkan tak macamana sikitnya nasi yang aku makan tu. Nak kata diet, memang taklah. Sebab aku memang tak jaga badan pun. Berat 75kg! Kalau dulu rajin masuk gym, memang aku jaga makan. Takda selera makan, tetap juga aku masukkan makanan dalam mulut ni, tapi itu dulu. Hmm.


Punca Tiada Selera Makan


Melalui pembacaan aku di blog Farmasimaya, beliau ada kongsikan pengalaman mengenai kejadian tiada selera makan ini. Aku kongsikan beberapa gejala atau simptom yang biasa dialami oleh pesakit kanser hati. Kenapa kanser hati? Korang boleh baca cerita sepenuhnya di blog farmasimaya ya.

Antara gejala atau simptom yang biasa dialami oleh pesakit kanser hati ialah: 

- Penurunan berat badan tanpa sebab
- Tiada selera makan berpanjangan 
- Terasa sangat kenyang walaupun makan sedikit 
- Ada benjolan keras pada bahagian kanan di bawah tulang rusuk
- Sakit sekitar bahu kanan 
- Kulit menjadi kekuningan, termasuk mata
- Abdomen atas (kanan) terasa tidak selesa 
- Sentiasa berasa lesu dan tidak bermaya Sering loya, mual dan kerap muntah
Orait. Nampak tak 3 perkara yang aku tebalkan di atas? Ok, itu yang aku alami sekarang. Tapi! Tapi, adakah aku mengidap kanser hati? Allahurabbi. Terasa awal sebenarnya nak cakap macam tu, kena buat pemeriksaan doktor. Aku yakin, sebenarnya ianya bersifat sementara sahaja. Mungkin disebabkan aku terlalu penat atau banyak perkara yang aku fikirkan menyebabkan aku hilang selera makan. Apa pun, minta di jauhkanlah perkara yang tidak di ingini tu. Allahuakbar.

Hiarghh! Kena mula aktif bersukan macamni. Kena masuk gym balik. Kena keluarkan peluh balik. Serius! Lepas bernikah je, aku dah kurang bersukan dan berpeluh. Serius! Tak boleh jadi ni. Kena setting balik masa aku ni. Jangan sampai satu-satu perkara tak elok singgah ke badan, barulah nak buat sesuatu. Kan?

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.