Aku Pelajar Bukan Pengajar.


Aku Pelajar Bukan Pengajar. Harini aku ada kelas Excel. Sebenarnya ini kelas basic sahaja, tapi aku nak juga masuk sebab, yelah kadang kita rasa kita ni macam banyak ilmu, tapi sebenarnya langsung takda. Macam yang diberitahu oleh pengajar kelas aku tadi, Kebanyakkan orang rasa mereka dah cukup pandai gunakan excel, walhal mereka sebenarnya hanya menggunakan File yang kebetulan ada di dalam Excel. Ahha! Faham tak? Kalau tak, harapnya buat-buat faham ya. Hehehe.

Orait. Bukan topik pelajaran aku yang ingin aku kongsikan. Tetapi mengenai apa yang aku lalui sepanjang kelas tersebut. 1 pengalaman yang membuatkan aku menjadi sangat malas dan tension. Manakan tidak, aku masuk ke kelas adalah sebagai pelajar dan bukannya pengajar. Ha. Kita, kalau dah masuk sesuatu kelas tu, bermakna diri kita pun tak berapa nak pandai. Betul tak? Takkanlah dah pandai nak masuk kelas basic lagi, baik ambil kelas advance je. Kan?

Baik. Ceritaejoy macam ni. Sebelah aku ada seorang rakan yang..hmm.. ya, memang jarang pegang komputer. Jadinya, ada banyak perkara yang beliau tak tahu. Aku akui, aku ada sedikit kelebihan kerana kerja aku setiap hari adalah bermain dengan excel. Orait, apa yang menjadi masalah kepada aku adalah, bila mana, rakan disebelah aku tadi tu, mengharapkan 100% tunjuk ajar daripada aku. Pendek kata, apa sahaja yang di minta oleh pengajar, disuruhnya aku tunjukkan.



Tak menjadi masalah sebenarnya kalau nak mengajar, tapi yang menjadi masalah adalah meminta 100% tumpuan diberikan kepada beliau. Aii, aku ni pelajar bukan pengajar. Yang menjadikan aku lebih tension adalah, pengajar mengajar dalam bentuk yang paling mudah di antara yang termudah.

Aku bagi contoh: Pengajar meminta pelajar mengisikan formula,

Contoh formula: =G3-G3*6%

Apa yang pelajar perlu buat adalah, isikan sahaja formula tersebut dalam laptop masing-masing dan tekan enter. Senang kan? Tolonglah cakap senang. Tapi perkara senang ini menjadi terlalu susah kepada rakan dekat sebelah aku ni. Di mintanya aku buatkan untuk dia. Dekat laptop dia! Huh! Aku tak nampak langsung kesusahan dekat situ, salin je formula tu dan tekan enter. Tapi dia berada dalam kesusahan yang amat! Arghh!

Aku ikhlas cakap, aku tak kisah kalau memberi tunjuk ajar. Tapi jangan minta aku beri perhatian 100% pada orang tu. Aku pun nak belajar, nak mencari ilmu. Kalau aku fokus pada seseorang, confirm tumpuan aku akan hilang pada pelajaran. Confirm! Tapi lain pula jadinya dengan orang sebelah aku ni. Dimintanya aku beri perhatian pada dia. Lepas tu, bila aku berjaya buat seperti apa yang di ajarkan pengajar, di soundnya aku, katanya:


"eh, senang je kau buat, ajarlah aku pulak, takkan nak lepas tekak kau je"

Agak-agak koranglah, haruskah di carutkan orang seperti ini? Huh! Aku betul-betul tension ni. Tak susah, sungguh tak susah. Salin dan tekan enter. Itu je. Takkan enter pun tak tahu dekat mana? Ada tulisan kut dekat keyboard. Janganlah kata tak tahu baca pulak. Huhuhuhu. Sungguh aku tension. Tak tahulah nak cakap apa. Ada juga aku sampaikan pada dia, aku ni pelajar, bukannya pengajar. Kalau tak tahu, tanyalah cikgu tu. Tapi taknak pulak dia tanya, nak juga aku tunjukkan 1 persatu. Huh! Ini kalau buat kelas private, kaya juga ni, tapi takkanlah nak sampai ke tahap macam tu. Huhuhuhu.

2 ulasan:

  1. Alahai... mula2 baca tadi nak cakap... "tak pe la... ilmukan elok dikongsi-kongsi"... tapi lepas baca dia punya ayat tu... rasa mcm, "alamak ai... kenapa cakap macam tu... tu pun mujur orang nak tolong tau!" haih sabar je la baca entri ni... ada juga org cam ni eh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ish..ada ramai sebenarnya yang macam ini..dia nak orang beri tumpuan dekat dia je..kebanyakkannya "bos" la..hmm

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.