Keadaan Jerebu Terkini Di Malaysia.
Keadaan Jerebu Terkini Di Malaysia. Nampaknya, jerebu masih lagi membelengu negara malaysia. Udara yang di hidu setiap hari merupakan udara yang tidak sihat! Sekolah sudah pun di tutup kerana memikirkan kesihatan pelajar. Namun pekerja-pekerja masih lagi meneruskan kerja mereka. Apa bezanya udara yang dihidu pelajar berbanding kami pekerja? Sama sahaja bukan? Hmm. cakap banyak pun, tak membawa apa-apa perubahan. Baiklah, jom tengok bacaan ipu jerebu terkini 2015.
Bacaan Ipu Semasa Jerebu bagi negeri-negeri di malaysia.
Kawasan yang mencatatkan IPU tertinggi setakat jam 0700 01 october 2015 adalah di Pelabuhan kelang dengan bacaan IPU sebanyak 141 diikuti dengan Port Dickson dengan bacaan IPU sebanyak 126. Bagi Bacaan Ipu Terkini Melaka, bagi bandaraya melaka, bacaan Ipu setakat jam 0700 adalah sebanyak 113 manakala bagi Bukit Rambai, bacaan Ipu adalah sebanyak 116.Adalah diingatkan sekali lagi, bacaan ipu di atas 100 adalah dalam kategori tidak sihat *dalam kategori kuning*. Keadaan ini boleh memberi kesan kepada kesihatan mereka yang berisiko tinggi yang merupakan mereka yang menghidapi masalah jantung dan komplikasi paru-paru.
Baca juga : 7 Cara Lelaki Tampak Lebih Seksi Di Mata Wanita
Merujuk kepada berita semalam, pihak TUDM *tentera udara diraja malaysia* akan melakukan Pembenihan Awan Untuk Menghasilkan Hujan pada bila-bila masa. Hmm, bila dengar berita semalam, sememangnya menunjukkan jerebu akan berterusan. Hujan pula kurang turun, jadinya, jerebu semakin banyak. Tapi, angin kuat juga akan melanda malaysia. Jika ianya terjadi, asap jerebu akan ditolak ke kawasan lain. Jika ianya berlaku, kita bersyukur tentang itu, tapi bagaimana pula dengan kawasan baru yang akan di landa masalah jerebu tu?
Ini sememangnya lansung tidak menyelesaikan masalah. Kita sepatutnya menyelesaikan masalah utama kepada jerebu ni. Kawal atau hapuskan terus pembakaran terbuka. Bayangkan jenis pembakaran yang dilakukan, boleh menyebabkan 1 negara berkabus *asap jerebu* tidakkah ianya merbahaya? Apakah tiada cara lain? Kalau nak bercerita pembakaran sememangnya dilakukan dari dahulu, kenapa sekarang menjadi semakin teruk? Kenapa tidak dari dahulu lagi? Ini menunjukkan ada yang tidak kena. Kan?
jenjalan pagi kat sini...
BalasPadamselalu pagi² drive pergi kerja..
jarang on aircond...sebab nak udara pagi...
tapi sejak jerebu teruk nie...aircond sepanjang dlm kereta....
adoi...minyak naik lagi...
itulah. sama la dengan saya. Tapi saya bawa motor.
Padampagi nampak kabus je. Kalau dulu seronok. sebab sejuk.
tapi sekarang, sejuk juga tapi sedut asap berbahaya..hmm