Alhamdulilah! Menang hadiah RM1,000,000.00!
Alhamdulilah! Menang hadiah RM1,000,000.00! Alhamdulilah, rezeki dari mu Ya Allah. Jadi Jutawan Mudalah aku. Tapi takdalah masuk dalam senarai Orang Terkaya Di Malaysia. Siapa yang tak suka menang hadiah besar macam ini kan? Alhamdulilah syukur. Aku bukan menang Hadiah Sspn 2015. Atau pun kaya dengan Bisnes Mlm. Aku tak cakap Bisnes Mlm Penipu, cumanya aku kurang berminat dan tidak pandai dalam bisnes semacam ini.
Baik. Apa nak buat dengan hadiah sebesar ini? Uish. Macam-macam boleh buat ni. Orang cakap makan tak habislah! Sebelum apa-apa, jangan ada yang kaitkan dengan Duit Derma 2.6 Billion ya! Aku tak mahu berbicara tentang itu. Rasanya, sesiapa pun tak mahu berbicara mengenai perkara itu. Huhuhu.
Ok. Apa yang bermain di dalam minda aku sekarang? Aku nak beli kereta! Cash! Hehehe. Dan di antara kereta yang ada di dalam list aku sekarang adalah:
Baik. Apa nak buat dengan hadiah sebesar ini? Uish. Macam-macam boleh buat ni. Orang cakap makan tak habislah! Sebelum apa-apa, jangan ada yang kaitkan dengan Duit Derma 2.6 Billion ya! Aku tak mahu berbicara tentang itu. Rasanya, sesiapa pun tak mahu berbicara mengenai perkara itu. Huhuhu.
Ok. Apa yang bermain di dalam minda aku sekarang? Aku nak beli kereta! Cash! Hehehe. Dan di antara kereta yang ada di dalam list aku sekarang adalah:
Subaru wrx sti 2016.
Aku memang idam-idamkan kereta subaru. Apa yang menarik perhatian aku adalah, bunyian deruman enjin kereta ini apabila di hidupkan. Ada style! Ada gaya! Kita yang memandu, dah tentulah rasa lebih bersemangat! Opps! Jangan ada perasaan riak dan sombong ya! Takut nanti Allah tarik je bila-bila masa. Mana tahu, orang yang hari ini pakai kereta biasa, esok lusa pakai kereta mewah. Siapa tahu rezeki manusia kan?
Orait. Dah cerita kereta idaman aku. Sekarang aku nak cerita pasal motosikal. Owh! Dunia motosikal adalah satu dunia penuh dengan kenikmatan. Huhuhu. Kalau kereta, aku cuma ada 1 dalam list, tapi motosikal ada banyak. Ahha!
MV agusta brutale 800 dragster rr
MV agusta f3 ago
Aprilia rsv4 rf
Bmw hp4
harley davidson sportster
Hahaha. Amacam? Banyak tak? Kereta nak 1 je, tapi motosikal nak banyak. Boleh macam tu? Boleh je kan? Hahahaha. Nak buat macamana, dah jiwa ni lebih kepada motosikal. Ish! Itu baru cerita perihal kenderaan. Belum cerita perihal hartanah. Confirmlah nak beli rumah yang punya laman yang luas. Senang anak-anak nak bermain. Takpun, beli tanah dan buat rumah. Tapi kalau nak beli tanah+bina rumah sendiri, cukup ke RM1,000,000.00 ni? Ish!
Hmm, daripada tadi dok bercerita apa yang aku nak beli dengan hadiah besar ni. Mesti korang tertanya-tanya, pertandingan apa yang aku masuk sampai menang hadiah RM1,000,000.00 ni? Ahha! Ianya adalah, jeng.jeng. Aku berangan. Ha! Aku berangan. Itu yang menang hadiah besar macam ni. Hahahahahahha.
Korang mesti pernah dapat email atau mesej spam. Yang mengatakan korang telah memenangi hadiah jutaan dollar ataupun ada hartawan yang ingin memberikan wang tunai kepada anda kerana hidup dah tak lama. Sakit kanser lah, sakit itu lah, sakit ini lah, yang aku sakit hati dengan perangai mereka tu, mereka taknak ambil tahu. Kan?
Sebenarnya, perkara macam ni dah banyak berlaku dalam masyarakat malaysia. Dan ramai jugalah yang dah tertipu. Melihat kepada banyak kes semacam tu, dah terang-teranglah aku takkan percaya. Kan? Mana ada orang suka-suka nak bagi duit *dalam kuantiti yang banyak* pada orang lain. Melainkan ada sebab tertentu. Kan?
Tapi kan, kalau betullah aku dapat seperti jumlah yang dinyatakan. Uish! Cepat-cepat aku pergi cari mana-mana masjid yang sedang dalam pembinaan atau sekolah-sekolah pondok. Pi bagi kat depa separuh. Aku amik separuh pun takpa. Takut nanti, pegang duit banyak-banyak, habis lupa anak bini. Muka dok senyum pandang orang, bila masa ada duit banyak sangat, terus lupa diri, senyum pun takmau. Ish, mohon dijauhkan perkara semacam itu daripada aku. Juga bermohon rezeki yang luas. Hehehehe.
malas nak layan spam sebegitu...hik hik hik, siapalah kita orang nak derma 2.6 billion yer tak?
BalasPadamIsh, mana tahu ada ke? Hehehehe
Padamermmmmm penat tau baca sampai habis... :)
BalasPadamhahahahha..janganlah marah kak..sesaja nak feeling2..hehehe
Padam