Air minum pun nak catu?

Januari 16, 2015
Salam jumaat.

Heboh dekat tempat kerja aku, yang air minum kena catu. Memang ada aktiviti "cost down", tapi janganlah libatkan air minum. Pekerja dekat production tu letih, untuk dapatkan target harian syarikat, dan mereka perlu air untuk segarkan badan, kalau di catu air tu, diarang nak minum apa?

Banyak lagi boleh "cost down", macam duit minyak kereta management, duit sosial management, duit kereta management, pergi la cut kat sana dulu, dan bukannya catu air minum.

Aku sendiri tak pasti, berapa yang mereka boleh save dengan catuan air minum ni. Kalau sebelum ni, untuk setiap kawasan, akan dibekalkan 6 botol air ( yang besar tu), tapi sekarang tinggal 3 botol je. Bayangkan ada 2 shift operation. Cukup ke 3 botol tu? Pekerja bukan sikit, beratus. Air minum pun nak catu ke?

Kalau nama aku ada dalam list "board director" , mau aku tentang habis-habisan ni. Hahahaha, macam besar pulak target aku, untuk masukkan nama aku dalam board director kan? Kena ada title "Tan sri", "Dato seri", paling kecik pun "dato", baru boleh masuk dalam list. Hehehehe. Lepas tu, takkan la mereka-mereka ni nak study pasal air minum kena catu kan? Banyak lagi isu yang lebih besar mereka semua kena fikir. Ayaks!

Jadi pada siapa nak kasitau ni? Adui, pelik aku, air minum pun nak catu. Hish. Macam tak munasabah la idea cost down korang ni.




1 ulasan:

  1. wow, air minum pun kena catu. aduhai. bawak bekal air sendiri je la. :D

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.