Bas rentung akibat 1 tayar!
Tapah: Sekurang-kurangnya lapan maut, termasuk tujuh rentung
dalam kemalangan membabitkan bas persiaran di Kilometer 326.3 Lebuhraya Plus
arah selatan berhampiran susur keluar ke Tapah, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 1.15 pagi itu, bas berkenan yang
dalam perjalanan dari Kuala Kurau, dekat sini dan menuju ke Genting Highlands
dipercayai membawa 30 penumpang.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw
berkata, siasatan awal mendapati bas berkenaan sebaik tiba di lokasi kejadian
dipercayai melanggar satu tayar lori yang berada di tengah-tengah laluan
sebelum terbabas ke parit di kiri jalan dan terbakar.
"Bas terbabit melanggar tayar lori sebelum merempuh
sebuah kereta yang berhenti di bahu jalan dan kemudian terbabas serta terbakar.
"Pemandu kereta jenis Charade dipercayai memberhentikan
keretanya untuk mengalihkan tayar berkenaan, namun tidak sempat
melakukannya," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian.
Menurutnya, operasi menyelamat mangsa dilakukan pasukan
bomba dan setakat ini menemui tujuh mangsa yang rentung, namun jumlah sebenar
mangsa yang maut belum dapat dipastikan.
Bas berkenaan dinaiki 31 orang dan setakat ini tujuh
penumpang maut di tempat kejadian manakala pemandu bas maut di Hospital Raja
Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Sementara itu, 21 cedera dan dua lagi selamat.
Beberapa mangsa yang parah kini dipindahkan ke HRPB untuk
rawatan lanjut.
Mangsa yang maut di tempat kejadian dikenali sebagai Lim Soo
Lan, 59; Tan Ah Ba, 65; Tan Chan Hing, 49; Aw Ah Poh, 56; Tan Ah Baa, 64; Ong
Ah Yook, 58; dan Sin Ah Guat, 54.
Bagaimanapun, pemandu bas yang belum dikenal pasti
identitinya.
Kesemua mayat kini di Unit Forensik Hospital Tapah untuk
dibedah siasat dan mayat pemandu di HRPB Ipoh.
Sumber : http://www.hmetro.com.my/
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com