Ikan hidup berenang-renang dalam shopping mall!
The New World shopping mall di Bangkok, Thailand, adalah 1 projek mall terbiar sejak tahun 1997. Ia mula dibina pada tahun 1982. Ia adalah banggunan 11 tingkat dan sangat ketara kerana ia tersergam di kawasan sekitarnya. Bagaimanapun, pembinaannya terpaksa dihentikan kerana pemaju hanya mempunyai kelulusan untuk membina banggunan 4 tingkat. Pada tahun 1997, Mahkamah Agung Thailand mengarahkan perobohan lanjutan tujuh tingkat pusat membeli-belah yang meninggalkan lubang ternganga di atas bumbung banggunan ini. Hujan yang turun bertahun lamanya, mengakibatkan air mula bertakung dan seterusnya menjadi pembiakan nyamuk. Bagi memerangi masalah ini, penduduk setempat telah melepaskan beberapa jenis ikan kedalamnya dan seterusnya menjadi 1 kolam semulajadi yang penuh dengan ikan.
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com