Hujan di pagi hari.
Masuk harini, dah 2 hari hujan waktu pagi kat melaka. Dan bermakna, dah 2 hari jugalah aku berhujan ke tempat kerja. Kereta ada, tapi aku memilih untuk naik motor.
Bukan taknak naik kereta, saja je letak kat rumah. Nanti senang wife nak g pasar or ada kecemasan nak bawak anak ke klinik.
Bawa motor dalam hujan ni, macam-macam risiko. Yelah, kita kenderaan kecil, waktu pagi jugaklah banyak lori. Hish. Aku gerak ke tempat kerja jam 0600. Jadi tak banyak kereta, lori je banyak.
Bila hujan, air banyak bertakung kat jalan. Kena pulak kalau ada kereta bawak laju. Bushhh. Habis aku basah. Selamat pakai baju hujan. Kalau tak, mau kesejukan aku kat tempat kerja.
Aku lebih enjoy menunggang. Sebab, aku boleh berhenti bila-bila masa dan dimana sahaja. Tapi bila memilih untuk menunggang, inilah cabaran yang perlu dihadapi.
Hujan, panas, cuaca sekeliling. Semua kena hadap. Kerenah pemandu yang tidak melihat kenderaan kecil seperti motosikal. Macam-macam.
Demi mencari rezeki untuk keluarga, ku harung juga semuanya. Lagipun, hujan itu kan rahmat dari Allah. Kita sebagai makhluknya, kenalah bersyukur. Kan?
Semoga rezekiku dirahmati Allah. Amin.

Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com