Dari mudah ke susah.

Disember 02, 2014
Terus terang aku katakan, aku merasakan kerja aku sekarang cukup mudah berbanding dengan kerja orang lain.

Tetapi semalam aku membuat keputusan untuk beralih arah. Dalam erti kata lainnya, aku meminta untuk ditukarkan kerja.

Ayaks! Apa sudah jadi! Dah kerja senang, kenapa pilih susah? Apa tak bersyukur ke?

Bukan tidak bersyukur, tetapi aku dahagakan ilmu. Aku inginkan ilmu baru. Sampai bila nak buat benda yang sama je. Aku nak sesuatu yang baru. Sesuatu yang "fresh"!

Aku kalau boleh nak tahu semua benda. Aku belajar tak pandai. Tapi itu bukan penghalang untuk aku terus belajar.

Spm tak bagus, tak bermakna, minda tak bagus. Ada je aku jumpa mereka yang gagal dalam peperiksaan sekolah tetapi berjaya dalam hidup. Malahan, mendapat pendapatan yang lebih besar daripada mereka yang cemerlang semasa peperiksaan sekolah.

Aku perlu sediakan diri untuk menghadapi perkara ni. Memang agak berat kerja yang bakal aku terima. Aku yang membuat keputusan, jadi, aku kena hadap semuanya dengan baik.

Bila kita berani keluar dari kehidupan selesa, sudah pasti kita akan dapat lebih daripada apa yang kita ada sekarang. InsyaAllah.


Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.