Rumah baru beli bekas tapak perkuburan lama??

Disember 02, 2014
http://ceritaejoy.blogspot.my/

Apa perasaan korang bila dapat tahu, rumah yang korang beli, adalah bekas tapak perkuburan lama? Dan korang tak tahu pun kat mana tapak tu. Ha. Amacam?

Aku bawa family aku ke rumah yang aku beli untuk tengok rumah. Waktu tu, rumah belum siap lagi. Sampai je kat kawasan perumahan aku tu, ayat pertama yang yang keluar dari mulut ayah aku:


" Awat hang beli rumah kat sini?"

Aku, erks. kenapa?

Ayah aku cuma kasitau, dulu sewaktu beliau masih berkhidmat di dalam angkatan tentera, beliau selalu berada kat kawasan ni. Tapi, ayah aku taknak kasitau apa yang ada, cuma, pesan beliau, bila nak masuk rumah, kasitau dia.

Hish. Dah kenapa? Aku ada jugak tanya kawan aku yang rumah dia, 2 baris kebelakang rumah aku. Perihal taman ni. Jawapan dia arghh.


" Taman kita nie dulu kubur lama, pemaju beli, dia tolak tanah, pastu buat rumah, aku ada tanya orang lama kat sini, tapi tak pasti kat mana lokasi kubur tu"

Pagi semalam, isteri aku cerita, waktu aku sedang tidur nyenyak ( Memang aku kalau dah tidur, memang tak ingat punya), ada kunang-kunang warna merah, terbang, lepas tu hinggap sebelah aku.

Kata isteri aku, ini kali kedua dia nampak kunang-kunang merah ni. Kemudian dia baca al-fatihah dengan niat, jika ada apa-apa yang ingin disampaikan.

Korang tau apa yang dia nampak? Apa kes! Dia nampak beberapa kawasan rumah aku sangat gelap! Dan ada nampak kubur panjang melintang dekat depan tandas dalam rumah aku. Apa kes! Dah kenapa?

Reaksi aku bila dengar isteri aku cakap camtu?


" Owh, yeker? Ha, biasala, mana-mana tempat pun sama, kita bukan tahu apa yang ada kat situ, kan islam ada ajar kita macamana nak masuk rumah baru? Ha."

Ayat penyedap hati sebenarnya tue. Erks.

Sebenarnya, kita tak perlu takut jika di dalam hati kita ada Allah. Jika anda percaya pada Allah, insyaAllah semua mudah. Kan? InsyaAllah.


2 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.