Anak kecil boleh nampak makhluk halus.

Disember 01, 2014
Kemarin, waktu aku sedang syok baring atas tilam ( sebab dah nak tidur), anak aku yang bakal berumur 2 tahun bulan depan, berlari masuk dalam bilik. Kemudian pegang kaki aku.

Terperanjat la aku. Dah kenapa lari-lari waktu malam camni? Aku tanya la anak aku,

"Nape anak ayah lari malam-malam camni? Kang jatuh kang"

Nak tau jawapan anak aku?

"kot, kot, tu, tu"

Mengikut fahaman aku, anak aku nak cakap, "takut, takut, hantu, hantu". Erks. Aku yang ngah baring, terus la duduk. Angkat anak aku, letak atas tilam, sebelah aku.

"Anak ayah lelaki, lelaki kena berani, tak boleh takut, esok nak jaga ibu gan ayah gan adik, jadi kena berani".

Ini ayat yang biasa aku gunakan pada anak aku. Yelah, budak kecik macam ni, dia tahu ke hantu ni semua?


Tapi aku pernah terbaca, yang mana kanak-kanak kecil boleh nampak benda yang orang dewasa tak boleh nampak.

Aku teringat kisah adik bongsu aku dulu, waktu tu dia kecil lagi dan baru pandai cakap. Aku suruh dia panggil abang sulung kat rumah depan. Kat rumah kampung, depan rumah aku memang gelap sikit. Dia keluar kejap je, pastu terus belari masuk rumah.

Aku tanya la. Kenapa? Dia intai-intai dari pintu, pastu menyorok. Aku tanya kenapa? Dia jawap, takutnya, muka buruk, rambut panjang!Dah kenapa? Aku apa lagi terus tutup pintu.

Sebenarnya, dunia ni, memang kita kongsi dengan makhluk lain. Kena percaya perkara ni. Aku ada ceritakan dalam entry aku sebelum ni : siapa sebenarnya hantu


Jadi, tak perlu takut yer. Hehehehehe


Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.