Mangsa mercun yang pertama
Berita semalam ada cerita tentang kes pertama akibat mercun di kelantan. Mangsa seorang remaja berusia 14tahun, hilang 3 jari kanan akibat bermain mercun botol. Setiap tahun, pasti ada sahaja berita tentang kemalangan yang melibatkan mercun ini. Aku memang kurang berminat dengan mercun. Tetapi tidak pasti samada anak aku nanti minat atau tidak. Dan aku seboleh-bolehnya, tidak akan mengizinkan anak aku bermain mercun. Anggota tubuh manusia, tidak seperti cicak, yang mana ekornya, kalau putus, boleh tumbuh semula. Jadi, ianya adalah sesuatu yang amat berharga. Aku perlu sentiasa ingatkan anak aku tentang perkara ini.
“Sebelum bermain mercun, saya dan rakan ke lokasi terletak kira-kira satu kilometer (km) dari rumah di Kampung Luar Gual Periok kerana bimbang dimarahi datuk.
“Ketika menyalakan mercun pertama, tiba-tiba ia meletup. Saya kemudian melihat tangan sudah dipenuhi darah sebelum rakan membawa ke Hospital Pasir Mas (HPM) dengan menunggang motosikal,” katanya.
Manakala, datuknya Mohd Rashid Ibrahim, 59, mengakui terkejut apabila tiba-tiba dimaklumkan cucunya itu berada di hospital.
“Saya tiada di rumah ketika kejadian dan hanya diberitahu cucu dimasukkan ke hospital. Setiap kali musim raya, saya selalu mengingatkan dia supaya tidak bermain mercun, tetapi tidak sangka kejadian buruk ini menimpa cucu sendiri,” katanya.
Terdahulu, Mohd Idham Syafiq menerima lawatan dan menerima sumbangan daripada Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim kira-kira jam 11.30 pagi.
Sementara itu, Mazlan berkata, polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga keselamatan diri dan mengelak daripada bermain mercun terutama kanak-kanak dan remaja.
Katanya, mercun terbabit bukan saja mendatangkan kecederaan parah, tetapi juga boleh menyebabkan kematian.
Hilang tiga jari
Oleh Adnan Mohamad dan Siti Rohana Idris
Kota Bharu: Kelantan merekodkan mangsa pertama mercun selepas lapan hari umat Islam berpuasa apabila seorang remaja berusia 14 tahun putus tiga jari akibat bermain mercun botol dalam kejadian di Kampung Gual Periok, Rantau Panjang, Jumaat lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Mohd Idham Syafiq Mohd Tahir yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok dikejarkan ke Hospital Pasir Mas (HPM) sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Anak ketiga daripada lima beradik yang juga anak yatim itu kini ditempatkan di Wad Chempaka di hospital berkenaan.
Menurut Mohd Idham Syafiq, kejadian berlaku pantas apabila mercun yang dipegangnya tiba-tiba meletup ketika dinyalakan.
Menurut Mohd Idham Syafiq, kejadian berlaku pantas apabila mercun yang dipegangnya tiba-tiba meletup ketika dinyalakan.
“Sebelum bermain mercun, saya dan rakan ke lokasi terletak kira-kira satu kilometer (km) dari rumah di Kampung Luar Gual Periok kerana bimbang dimarahi datuk.
“Ketika menyalakan mercun pertama, tiba-tiba ia meletup. Saya kemudian melihat tangan sudah dipenuhi darah sebelum rakan membawa ke Hospital Pasir Mas (HPM) dengan menunggang motosikal,” katanya.
Manakala, datuknya Mohd Rashid Ibrahim, 59, mengakui terkejut apabila tiba-tiba dimaklumkan cucunya itu berada di hospital.
“Saya tiada di rumah ketika kejadian dan hanya diberitahu cucu dimasukkan ke hospital. Setiap kali musim raya, saya selalu mengingatkan dia supaya tidak bermain mercun, tetapi tidak sangka kejadian buruk ini menimpa cucu sendiri,” katanya.
Terdahulu, Mohd Idham Syafiq menerima lawatan dan menerima sumbangan daripada Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim kira-kira jam 11.30 pagi.
Sementara itu, Mazlan berkata, polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga keselamatan diri dan mengelak daripada bermain mercun terutama kanak-kanak dan remaja.
Katanya, mercun terbabit bukan saja mendatangkan kecederaan parah, tetapi juga boleh menyebabkan kematian.
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com