Kesibukan melanda
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dah beberapa hari aku tak update blog ini. Ini disebabkan kesibukan kerja+setup gerai di bazar ramadan dan dalam proses terjemahkan buku motivasi.
Semalam aku setup gerai baru di dalam kolej berdekatan kawasan perumahan aku. Ini adalah gerai yang ketiga aku setup. Yang pertama, adalah di kawasan tumpuan ramai di bazar ramadan alor gajah. Selama 4 hari dibuka, ianya tidak langsung mendatangkan keuntungan. Ini adalah disebabkan oleh tapak berniaga yang di berikan berada jauh dari kawasan tumpuan. Tapak gerai aku berada di penghujung jalan. Masuk hari ke 5, aku cuba masuk ke dalam sedikit, dimana semua orang bertumpu. Dan pada hari itu juga aku dihalau oleh orang sekeliling dan pengerusi bazar itu sendiri! kerana mereka kata, itu bukan kawasan yang sesuai untuk meniaga. Aku cuba sampaikan masalah yang aku hadapi pada pengerusi dan jawapan mereka cukup mudah.
" Kami tidak boleh membantu apa-apa dan sila kembali ke tempat anda"
Aku beritahu yang isteri saya mencari rezeki dengan berniaga dan dia baru sahaja mula berniaga.
" Maaf, kami tak dapat bantu, sila pulang semula ke tapak anda"
Apa yang menghairankan aku adalah, banyak tapak kosong dibahagian tumpuan orang itu, dan ada juga mereka yang berniaga, langsung tidak mempunyai lesen berniaga!
Ini antara sebab mengapa mereka yang baru mula ingin berniaga di kawasan tumpuan, terus tutup payung. Kerana sifat-sifat "mereka" yang langsung tiada sifat ingin membantu. Dah dapat wang,terus tiada apa-apa tindakan lagi.
Bantulah orang kita ini berniaga! bantulah orang kita mencari rezeki dengan berniaga! Bukan hanya cakap tak tahu sahaja! Kesian pada mereka yang mencari rezeki untuk bantu keluarga. Apa dah jadi macam kes ayah bunuh anak untuk cari rezeki itu terjadi baru nak bantu ke?
Orang kita kebiasaannya seperti itulah, perlu berlaku sesuatu perkara, baru nak buka mata.
Pada siapa patut mengadu perkara ini? Siapa yang nak bantu, mereka-mereka yang baru nak mencari tapak untuk berniaga ini?

Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com