Jadi yang terawal.

Julai 05, 2014


Mengapa banyak di kalangan kita, memilih untuk membiarkan orang lain melakukan terlebih dahulu. Aku membicarakan tentang simpanan emas. Ya. Simpanan emas. Semua tahu akan kelebihan emas. Tetapi, mengapa ramai yang tidak mahu menyimpan emas? Mengapa tidak mahu menjadi yang terawal? Mengapa aku cakap yang terawal? Melihat kepada wang kertas yang digunakan sekarang, nilainya semakin susut dan tidak mustahil ianya akan ditukarkan kepada matawang emas.

Lihat kepada "mereka" yang lain. Mereka sudah mula menyimpan emas. Dan dari kalangan aku, lebih kepada melihat sahaja. Sampai bila kita mahu berada di bawah orang? Mengapa kita tidak memilih untuk berada di atas? Kita mempunyai impian yang mengunung, tetapi apa yang membawa kita kearahnya?

Mereka mempunyai rumah besar, kereta mewah, kehidupan selesa, tetapi kita? Apa yang ada? Berhenti dari menyalahkan orang yang terdahulu dari kita, kerana ianya tidak membawa apa-apa erti. Kita boleh mulakan nya semula, supaya mereka yang di bawah kita tidak akan mengalami nasib seperti kita.

Mulakan dengan simpanan yang kecil dahulu. Anggap ia sebagai tabungan untuk masa hadapan kita.Untuk anak-anak kita. Buka mata. Lihat kepada keadaan sekeliling kita. Negara-negara berdekatan kita. Krisis yang berlaku di negara mereka. Apa yang jadi kepada rakyat? Orang bawahan? Semuanya hidup miskin. Siapa yang membela mereka? Usah fikirkan mereka yang di atas. Mereka tetap kaya.

Mulakan dari sekarang. Mula menyimpan emas. Memang ya, emas tidak akan menjadikan kita, kaya raya serta merta, tetapi ia mampu mengelakkan kita dari jatuh miskin.

Mulakan dengan nilai yang paling kecil. Jika anda ingin memulakan simpanan emas anda. Boleh click pada gambar di sebelah kanan blog ini.

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.