Mereka yang kedekut.

Jun 03, 2014
Pernah tak anda jumpa rakan-rakan anda atau sesiapa sahaja, yang sangat berkira di dalam bab makan. Aku selalu jumpa. Yang mana mereka tidak mahu mengunakan wang mereka untuk membeli makanan dan mengharapkan rakan-rakan lain untuk membelinya.

Sebagai contoh, jika anda beli kuih, sudah tentu anda akan beli 3pcs yang berharga RM1. Jadi, mereka ingin berkongsi dengan anda kuih yang di beli anda itu. Adakah anda akan di gelar kedekut? Atau mereka yang kedekut?

Pelik benar dengan mereka-mereka ini. Bukankah ianya untuk diri mereka juga? Jika benar ingin menyimpan untuk tujuan tertentu, ini bukanlah cara yang betul.

Masing-masing punya diri kan, sendiri yang jaga.

Tapi kalau setiap hari, ibarat kita perlu menjaga perut mereka, sakit kepala juga jadinya.

kan?

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.