Azabnya seksaan neraka

Jun 04, 2014
Semalam aku berkesempatan mendengar ceramah di masjid berdekatan kawasan perumahan aku. Ceramah di sampaikan oleh seorang ustaz dari negeri sembilan. Ceramah berkaitan hidup Nabi muhammad S.A.W.

Dalam ceramah beliau, beliau ada bercerita tentang keadaan di neraka. Yang mana, di beri perumpamaan, Bau busuk dari neraka jahanam, kalau di hidu oleh penduduk bumi, maka akan mati la mereka. Bayangkan, hanya bau sahaja, boleh membawa kepada kematian. Lagi satu, jika dikeluarkan penghuni neraka dan di diturunkan ke bumi, dan di letakkan di dalam api yang paling panas di bumi, maka mereka akan tertidur. Boleh tidur dalam api paling panas dalam dunia?? Kita kena ekzos motosikal pon dah melecur dibuatnya, inikan nak tidur? MashaAllah! Azabnya neraka. Dan di kongsikan juga, di dalam bulan syaaban, malaikat maut menulis nama-nama di dalam catatannya. Dan ustaz itu beritahu, jika nama sudah di catatkan, maka orang-orang ini akan hidup dalam masa dari bulan syaaban ke bulan syaaban seterusnya.

Banyak lagi azab-azab yang lebih dari ini, tetapi mendengar cerita ini sahaja sudah menakut aku. Sesungguhnya azab Allah itu amatlah dahsyat! Sentiasalah berbuat kebaikan. Kerana syurga ganjaran yang menanti.

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.