Kenapa aku tidak lagi menulis di sini?

Ogos 28, 2017
Kenapa blog ceritaejoy sunyi sepi

Kenapa aku tidak lagi menulis di sini? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Agak lama juga aku tinggalkan blog ini. pedih! Sedih! Kecewa! Macam-macam aku lalui. Banyak pengalaman pahit getir aku bersama blog ceritaejoy ini. Kalau dulu, ianya penuh ceria dengan macam-macam cerita, tapi sekarang, bersawang! Cuma labah-labah je takde! Kalau ada, mesti korang dah nampak dia merayap dekat blog ni.

Kenapa blog ceritaejoy sunyi sepi?

Ada macam-macam sebab. Aku mulanya nak tutup je blog ni. Sebabnya terlalu kecewa. Bukan salah orang lain pun, salah aku juga. Tapi disebabkan dah kecewa, aku memang nekad taknak tulis kat sini lagi. Rasanya dalam 5 bulan jugalah blog ceritaejoy ni terbiar. Dengan domain luput. Dan kini bertukar semula kepada domain blogspot.

Niat hati nak biarkan saja, tapi terlalu banyak kenangan aku dengan blog ni. Dengan blog ni aku kenal ramai kawan. Dengan blog ini aku dapat macam-macam ilmu. Dan dengan blog ini juga, aku dapat macam-macam income. Jadi bila nak buat keputusan untuk delete je blog ni, macam-macam rasa datang.

Hari ini, bila masuk semula dalam blog ceritaejoy, rasa sedih pun ada. yelah, dulu, hampir setiap masa aku dekat sini. Pagi ke petang, petang ke malam. Jadi, rasa macam tak patut pulak aku nak delete macam tu je kan? benda bersejarah sebenarnya untuk aku blog ini.

Apa pun, aku dah buat keputusan nak sambung semula menulis di sini. Cumanya mungkin tidak sekerap dulu. Ada masa, adalah ceritanya ya? hehehe.

13 ulasan:

  1. Kalau nak ikutkan give up...saya juga pernah give up.

    Tapi bila fikir balik...try to be your blog as your refference...sbg contoh, kamu ada buat artikel pasal cara itu cara ini...such as tutorial. As a human being...sometime lupa..dan cara nya cuba refer your blog semula....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sahabat kerana ingatkan. sungguh saya lupa tentang itu semua. baiklah! saya akan kembali merujuk semula! terima kasih ya! hehehe. :)

      Padam
  2. selamat kembali abg ejoy. ramai yang merindui penulisan abg tau...

    BalasPadam
  3. ya betul.kalau apa yang kita mahukan tak menjadi punah lah harapan.apa apa pun semoga berjaya dengan blog ini (^_^)

    BalasPadam
  4. Biarkan je dengan domain blogspot ni... at least tak hilang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup. mula tu rasa nak delete je, tapi sekarang, tak jadi. hehehe

      Padam
  5. Teruskan menulis ya ejoy..akak support dari tepi..semoga berjaya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih ya kak sebab sentiasa support saya. :)

      Padam
  6. Biar je, tak yah delete. Nanti-nanti bila dah tak bizi, at least ada blog.

    BalasPadam
  7. sesekali updated kan ..inshaAllah

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.