Mesti tengok rumah harga RM5 juta Ke atas!

Mac 15, 2017
rumah harga RM5 juta Ke atas


Mesti tengok rumah harga RM5 juta Ke atas! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih lagi mampu menulis hari ini. Juga bersyukur kerana diberikan kesihatan yang baik kepada diri dan keluarga. Alhamdulilah. Ok! Hari ini aku nak kongsi sikit perangai aku yang memang aku suka buat dan hari-hari buat. Hahaha! Aku kalau bukak mudah.com, pasti! Pasti aku akan cari rumah-rumah yang bernilai RM5 juta ke atas! Yes! Itu perangai aku, lama dah!

Benda ni pun, ramai kawan-kawan aku yang perasan, sampaikan ada ketika tu, ada sorang kawan aku ni tegur:

Fuh! Kau joy, tengok rumah tak agak-agak! Harga juta-juta. Siap ada lif semua. Tu parking kereta boleh letak berapa biji kereta tu?

Hahahaha. Banyak sebab sebenarnya kenapa aku suka tengok rumah harga RM5 juta keatas ni. Dan kenapa aku tak tengok rumah yang harga bawah dari nilai tersebut. Ahha! Ada banyak sebab. Di antaranya adalah:

Aku suka dengan rekabentuk rumah tu. Kalau kita tengok rumah yang harga mahal-mahal ni, lain macam. Dia ada ruang-ruang khas dekat rumah dia. Kemudian, kedudukan kolam ikan, kolam renang, taman semuanya cantik mata memandang. Ahha! Sebab itu aku suka!

Kedua. Rumah ibarat resort. Aku suka dengan konsep resort. Aku suka dengan konsep bali. Rumah mahal-mahal ni, ada yang dibina macam binaan resort. Jadi tenang je kalau duduk kat rumah tu. Bukanlah aku kata rumah lain tak tenang, tidak. Tapi cuba sesekali tu kita pergi bercuti, dekat resort-resort mewah. Apa kita rasa? Seronok kan? Cuba bayangkan pulak kalau hari-hari kita pergi bercuti? Lagilah seronok kan? ha.

Ketiga. Aku suka dengan susun atur dalam rumah. Ada bahagian-bahagian yang boleh kita ikut dan buat dekat rumah kecil kita. Asalkan pandai sesuaikan dengan ruang yang ada. hehehe.

Ke empat. Aku sebenarnya, suka dengan ruang yang tidak bercampur. Contoh. Ruang untuk keluarga tidak bercampur dengan ruang untuk tetamu. Kemudian aku tak suka orang yang datang rumah, minta kebenaran nak ke tandas, tapi semua bilik dia terjah. Memang pantang aku tu. Aku tak suka. Dulu sebelum aku beli rumah ni, aku nak beli rumah 2 tingkat. Tapi wife aku pula taknak, sebab dia cakap, dia tak larat kemas, adeh.

Kemudian, aku suka dengan konsep taman-taman yang ada. aduh! Ada ruang bersama keluarga, lepak petang-petang. Menghadap hutan ke, laut ke, pemandangan bandar ke, memang indah. Dan sebab itulah aku suka tengok rumah harga RM5 Juta ke atas ni. Konsep rekaan rumah dia tu. Menarik!

Setiap orang ada impian kan? Termasuklah aku. Memang ada impian nak ada rumah macam ni. Tapi berkongsepkan kampung. Rumah besar, tapi dekat kawasan kampung. Hahahaha. Kalau tidak pun, aku mahukan ruang-ruang yang aku maksudkan. Ada 1 kawasan ternakan sebab aku nak bela macam-macam binatang. Hehehe. Oklah. Aku doakan semua agar dapat capai apa sahaja yang diminati. InsyaAllah. amin.

4 ulasan:

  1. tengok2 memang best, rasa nak beli je

    BalasPadam
  2. Teringin sangat nak beli rumah macam ni.. Harap2 saya berjaya :)

    BalasPadam
  3. good motivation sebenarnya kan. aku suka tengok rumah mewah, kereta mewah.

    BalasPadam
  4. Hehehe sama la kita..akak pon suak rumah yang memisahkan ruang..bukan apa ada la privacy skitkan..org dtg umah takde laaa nampak semua ruang yang ada..

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.