Hai..senangnya dalam hati..
Hai..senangnya dalam
hati.. | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ehem. Rasa nak menyanyi pulak
pagi ni. Tapi jangan salah lirik ya. Aku bukan nak menyanyi lagu madu tiga tu. Ini
kalau wife aku baca ni, adeh! Hehe. Tapi aku memang terasa nak menyanyi
walaupun dalam kepala aku ni ada banyak masalah! Hahaha. Dalam pada kekusutan
aku sekarang ni, alhamdulilah, aku mendapat perkhabaran gembira. Apa yang
gembira sangat tu? Sebelum aku cerita lanjut, korang kena baca ceritaejoy yang
INI.
Apa yang penting
sangat akaun ni?
Aku sebenarnya mengomel juga dekat rumah. Jadi bila kerap
bercakap, wife aku jadi tension. Hahaha. Dia cakap, pasrah jelah akaun kena
blocked. Akaun baru pun dah ada kan? Memang aku ada buat akaun baru, tapi tidak
bermakna aku akan lepaskan akaun sedia ada aku tu. Kenapa? Ahha! Banyak
sebenarnya alasan aku. Antaranya:
Itu akaun pertama aku. Ye! Itulah akaun pertama aku yang aku
guna daripada dulu hinggalah sekarang! Dah berapa lama kan? Daripada 0
hinggalah sekarang. Dan lepas aku dapat je balik akaun aku ni balik, perkara
pertama yang aku buat adalah delete semua orang yang aku tak kenal! Hahaha.
Nampak kejam tapi amat bermakna buat aku. Untuk apa rakan yang ramai jika yang
bertegur sapa tak sampai 10 orang. *hmm, nampak sangat aku ni tak penting*
hahahaha.
Yang kedua. Terlalu banyak group penting dalam akaun aku ni.
Terlalu banyak! Dan semua itu susah untuk aku cari semula kalau aku buat akaun
baru. Aku ni dah lah jenis yang tak suka nak ingat banyak perkara. Jadi memanglah
susah!
Ketiga. Akaun cari makan tu. Adeh! Dengan akaun aku yang
ini, terlalu banyak group yang menjadikan aku admin. Dan kelebihan sebagai
admin adalah, menguruskan akaun dan menghasilkan wang. Bagi mereka yang faham
benda ni, fahamlah ye. Bagi mereka yang kurang faham, nanti kita belajar
sama-sama. Hehehe.
Ahha! Rasanya itu sahajalah 3 benda penting yang buatkan aku
nak sangat balik akaun ni. Dan alhamdulilah, hari ini, aku dapat semula. Hehehe.
Banyak benda baru yang aku belajar sejak kebelakangan ini. antaranya, perlu ada
sesuatu backup untuk apa sahaja yang kita buat. Supaya kita tidak “lumpuh”
sementara. Hehehe. Sekian dulu. Terima kasih. J
semoga dipermudahkan urusan sis
BalasPadamsemoga berjaya..
BalasPadamAlhamdulillah selesai satu masalah..kat hujung ayat last tu kenapa.tetiba ker ada huruf J ..
BalasPadamhai senangnya dalam hati, judulnya bagus
BalasPadam