Memang rezeki kaulah Usop!

Mac 13, 2017
usop mentor milenia 2017

Memang rezeki kaulah Usop! | Siapa tengok mentor milenia 2017 semalam? Ahha! Kalau tengok, mesti tahu siapa yang cakap macam ni. hehe. Sebelum nak cerita lanjut, nak juga beritahu, mungkin pendapat aku sama dengan kebanyakan orang. Tapi kalau ada yang silap, aku nak minta maaf awal-awal ya. Mentor milenia 2017 ni rasanya ada “seri” hanya dengan kehadiran usop. Semua orang sebenarnya ternanti-nanti usop menyanyi.

Mentor milenia 2017 semalam start jam 2100. Waktu tu pulak anak aku nak makan burger. Eh! Sempat je aku keluar rumah, beratur ramai-ramai nak beli burger kemudian balik. Sampai rumah, usop tak menyanyi lagi. Nampak tak yang TV3 memang setting dia ni menyanyi dekat tengah-tengah atau hujung-hujung? Hahaha.

Memang dah rezeki kaulah Usop!


Usop bawak lagu Hang Pi Mana semalam. Memang tukar habis lagu tu. Tak sama langsung dengan lagu asal. Telinga aku ni dengar dah macam dikir barat punya intro pun ada. adeh! Tapi sedaplah. Kemudian, macam biasa, pujian demi pujian diberi. Dia ni macam si mark adam tu cakap la:

Dalam 1 bakul, ada 2 biji mangga. 1 biji mangga tu, nampak cantik dari luar tapi bila kita kupas dan makan, isinya masam. Lagi 1 biji tu, tak nampak cantik, tapi bila kita kupas, isi dia manis. Ha, kamu yang no 2 tu.

Hahaha. Ha, mamat yang lagi sorang ni, si mark adam la! Sapa lagi. Dia ni bukan saja-saja buat lawak tau. Memang dia ni pelawak sejak azali lagi. Hahaha. Ingat lagi waktu company buat dinner, panggil mark adam ni, dari awal dia keluar sampai habis, kitaorang gelak je. Hahaha. Tapi ayat dia yang paling tak boleh tahan semalam:

Ha. Samalah. Bulu saya semua naik.

Sebenarnya dia nak ikut ayat Dato hattan, yang cakap bulu roma dia naik bila dengar Elica menyanyi. Hahaha. Aku harap TV3 kekalkan dia la sebagai juri. Selain Usop mentor, ada juga hiburan lain. Hahahaha. Tapi part terakhir tu paling menyentuh hati. Bila peserta ujibakat pilihan tu. Aku lupa siapa nama dia, tapi gadis kurang upaya.

Dia ni memang ada bakat seni. Walaupun kurang upaya, tapi dia boleh bermain muzik dengan baik. menyanyi pun hebat. Sama macam dato hattan cakap, mungkin bakat dia ni boleh diketengahkan oleh TV3. Mana tahu rezeki dia kan?

Oklah. Apa pun, memang dah rezeki kaulah usop. Jadinya, mari kita ramai-ramai hashtag:

#akumalu

5 ulasan:

  1. sebelum² ni nieyl x layan pun mentor ni..tahun nie layan pulak sebab minat tomok..tapi usop memang layan la..suka jugak dia nie...sempoi je...suara pun power...

    BalasPadam
    Balasan
    1. usop ni orang minat sebab dia lawak. hahaha

      Padam
  2. Sally tgk pun sbb ibu je yg menanti..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya lain pulak. saya yang tertunggu-tunggu. hahaha

      Padam
  3. selalu lupa nak tengok ...camne ahahaaa..bukak2 dah habis... tengok dlm youtube jelah..

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.