Your google adsense account has been banned!

Februari 24, 2017
Your google adsense account has been banned

Your google adsense account has been banned! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mulanya macam tak mahu menulis mengenai ini, tapi bila difikirkan semula, apa salahnya kita berkongsi pengalaman kita dengan yang lain supaya mereka tidak mengalami nasib yang sama. Betul tak? Oklah. Jika ada yang perasan, tiada lagi iklan google adsense di blog ceritaejoy. Ahha! Perasan tak? Semua itu bukan saja-saja tau, tapi kerana akaun google adsense kena banned! Adeh!

Kenapa akaun google adsense boleh kena banned ni?

Ini adalah soalan wajib yang mesti keluar daripada kotak pemikiran semua orang, betul tak? Ok, Jawapannya sudah tentulah ada kesalahan yang telah dibuat. Kalau tidak, tak kan saja-saja kena banned,betul tak? hehehe. Apa ke gila ke google ni saja-saja nak banned akaun orang, kan?

Ok. Benda ni dah banyak dikongsikan blogger lain. Tapi kali ini, aku cuba juga untuk tulis dekat sini, di blog ceritaejoy, kenapa sesebuah akaun google adsense itu boleh dikenakan tindakan tatatertib ataupun banned! Baik, sila baca elok-elok ya.

Fraud click!

Ok. Yang pertama adalah fraud click. Apa bendanya tu? Kalau ditukarkan kepada bahasa melayu, ianya bermaksud, penipuan klik. Ahha! Penipuan yang macam mana? Ada sesetengah blogger yang mahir dalam coding, akan buat 1 coding khas untuk sesiapa sahaja yang masuk dalam blog mereka, secara automatiknya akan klik iklan adsense.

Bila ada klik, maka akan ada wang la kan? Cara ini sebenarnya tidak dibenarkan dan jika didapati mana-mana pemegang akaun yang buat macam ni, akaun google adsense mereka akan di banned! Oh! Sadisnya! Tiada langsung belas kasihan, kan? Adeh!

Meminta pembaca untuk klik iklan mereka.

Orait. Keduanya adalah meminta pembaca untuk klik iklan mereka. Sebagai contoh, terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya, sila-silakan klik semua iklan yang ada ya! ahha! Ini juga merupakan perkara yang tidak digemari google adsense. Jadi jika korang ada akaun google adsense, korang janganlah buat macam ini atau akaun google adsense korang bakal di banned! Adeh!

Letak iklan pada blog lucah, perkauman, perjudian atau yang seangkatan dengannya.

Ok. Bukan senang sebenarnya nak dapatkan full account google adsense ni. Blog kita kena “bersih” kalau tidak memang confirm tak akan lulus. Tapi bila dah lulus, kita boleh gunakan iklan kita tu pada mana-mana blog yang kita mahukan. Tapi awas kawan-kawan semua, jangan sesekali letakkan iklan korang pada blog berunsurkan lucah, bersifat perkauman, perjudian, atau blog-blog panas yang lain. Kalau tidak, korang juga akan mengalami nasib yang sama, akaun kena banned!

Oklah, rasanya cukuplah 3 point ni. Yang sebenarnya banyak point lain tapi aku kongsikan 3 perkara paling banyak orang buat ni. Ok? Baik, sekarang aku nak tanya korang, dalam kategori apa my google adsense account has been banned? Ahha! Jawapan yang betul akan memperolehi hadiah istimewa daripada aku berupa ucapan tahniah! Hahahahahahhaahahaha. 

16 ulasan:

  1. banyaknya pantang larang google adsense haha

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. owh..kena usaha lagi tu. mesti dapat 1 hari nanti..:)

      Padam
  3. alamk..lps tu kalau dh kena banned bleh apply blik ke?
    syu dlm proses apply lg ni..

    BalasPadam
  4. Owh...kadang kita terlepas pandang perkara nikan...pada blogger minta kawan-kawan yang singgah tu klik iklan perkara kecil dan biasa rupanya GA tak suka ya..
    Mohon GA ni ajar blogger banyak perkara..paling asas sekali KESABARAN...sebab ini yang kak PC lalui.

    BalasPadam
  5. Saya belum lulus lagi, jadi belum ada pengalaman... hehe

    BalasPadam
  6. Bos bleh apply appeal semula...boleh rujuk di blog sy ....ada cara nak rayuan...jgn give up terus buat appeal mana tau rezeki ni ada.

    BalasPadam
  7. Saya punya adsense baru di approve belum sampai 2 minggu lagi..harap harap oklah.hehe

    BalasPadam
  8. haritu saya pun ada kena warning sebab letak iklan adsenses saiz 336 x 280 kat permulaan artikel, so cepat2 tukar letak iklan lain. iklan adsense paling kurang letak ditengah artikel dan kebawah. so far so good.

    BalasPadam
  9. dah kira okay google bagi adsense utk letak dlm blog. jgn pi langgar term n condition dah lah huhuhuhu

    BalasPadam
  10. akaun baru ni je yang sangat strict, kalau akaun dah lama..google bagi maaf..ehee

    BalasPadam
  11. akaun adsense saya penah kena gantung selama sebulan, sakit hati ooo nak tunggu sebulan tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebulan ok lagi, saya kena banned terus. hahahaha

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.