Kalau dah bukan rezeki.

Februari 23, 2017
Kalau dah bukan rezeki.

Kalau dah bukan rezeki | Kalau nak bercerita pasal skop rezeki ni memang luas. Kalau dah nama bukan rezeki kita, makanan yang dah masuk mulut pun boleh keluar semula. Hari ini aku nak kongsikan sedikit mengenai rezeki dekat blog ceritaejoy ni. Alhamdulilah, aku masih dapat menulis lagi selepas 5 hari bercuti. Hari minggu lepas aku ada tugasan di Eagle Ranch resort Port Dickson. Hari isninnya aku cuti sakit sebabnya perut aku senak sangat-sangat. Kemudian selasa dan rabu aku kena join training high presentation skill. Dan hari ini barulah aku ada sedikit masa untuk menulis. Fuh! Seronok sebenarnya rasa sibuk macam ni.

*Mohon seminit masa korang untuk LIKE page ini yang penuh informasi dan Video yang menarik* Klik Sini

Ok. Berbalik semula pada cerita aku tadi, kalau dah bukan rezeki. Soalan pertama aku adalah, apa perasaan korang, kalau korang kehilangan wang sebanyak RM500 dalam sekelip mata? Katalah wang itu ada dalam akaun korang. Awal pagi korang tengok ada, tapi bila petang hari, korang tengok wang tu dah hilang. Ok, apa perasaan korang?

Ini adalah apa yang aku rasa sekarang. Aku pasrah duit itu hilang. Sungguh! Aku tak rasa tertekan mahupun rasa nak memberontak ke macam mana. Sebabnya nak tahu kenapa? Sebab aku dah bersedia. Ya! Aku tahu yang duit itu pasti hilang 1 hari nanti. Ok. Mesti korang tertanya-tanya macam mana aku boleh tahu duit aku nak hilang. Jawapannya mudah sahaja. Sebab aku ada buat 1 kesalahan. Bila kita ada buat kesalahan, dan harus ada perasaan pasrah selepas itu.

Ini adalah satu pengalaman sebenarnya pada aku. Bilamana aku boleh rilek je walaupun kehilangan 1 jumlah yang sangat besar sebenarnya. Dari semalam juga sebenarnya aku mencari-cari semangat untuk bermula semula. Semestinya untuk naik kembali dan maintain dengan apa yang aku ada adalah sesuatu yang memerlukan 1 usaha yang sangat besar!

Tapi kalau nak diikutkan aku dengan manusia yang berjaya, cabaran yang mereka hadapi lagi besar. Jumlah wang yang hilang lagi besar daripada jumlah wang aku yang hilang tu. Jadi kenapa nak rasa tertekan? Kenapa nak rasa takda semangat lagi? Kan? Bangunlah semula! Bila kita dah jatuh dan kita bangun, insyaAllah, pasti akan ada sinar yang lebih bercahaya! insyaAllah.

Aku harapkan doa dari kalian semua supaya aku lebih berjaya selepas ini bukan sahaja dalam usaha jana wang besar tapi juga berjaya di dalam kehidupan. Aku juga mendoakan kejayaan untuk korang. Jadi kita sama-sama ya! insyaAllah. amin.

8 ulasan:

  1. betul, kalau bukan rezeki, dah masuk mulut pun boleh terkeluar semula

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan..apa pun, masih juga perlu bersyukur dengan apa yang diberi..amin..

      Padam
  2. rm500?...hebat...sangat positif...
    Tak apalah...mungkin ianya bukan rezeki...
    moga terus success okay!

    BalasPadam
  3. aduhai.. apakah ksalahan yg bnilai rm 500 tu ?? huhu.. xpa la, kuatkn smgt ye, insyallah rezeki yg lebih baik akan dtg mganti =')

    BalasPadam
  4. Bertabah la.. saya doakan rezeki awak bertambah2 selepas ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih. saya juga akan berdoakan perkara yang sama..:)

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.