Viral kisah duit simpanan hilang akibat gunakan kad bank lain pada bank lain.

Februari 16, 2017
duit simpanan hilang akibat gunakan kad bank lain pada bank lain

Viral kisah duit simpanan hilang akibat gunakan kad bank lain pada bank lain | Assalamualikum dan salam sejahtera. Harapnya semua pembaca blog ceritaejoy sihat-sihat hendaknya. Amin. Ok. Dah baca belum cerita mengenai cadangan untuk memberhentikan penjawat awam secara berjemaah? Jika belum, bolehlah terus baca dan berikan pandangan korang ye. Baiklah, pagi ini, sewaktu aku blogwalking ke blog rakan-rakan yang lain, aku terbaca 1 post yang juga terkena pada aku, cerita mengenai duit simpanan hilang akibat gunakan kad bank lain pada bank lain.

*Mohon seminit masa korang untuk LIKE page ini yang penuh informasi dan Video yang menarik* Klik Sini

Aku pasti ramai orang termasuklah aku, memang kerap guna perkhidmatan MEPS. Yelah, bukan semua tempat ada ATM machine ni. Kadang tu, jumlah wang yang ingin kita keluarkan tak cukup, kenalah cari bank lain untuk keluarkan duit. Betul tak? Tapi cerita yang aku akan kongsikan ini mungkin akan membuatkan kita semua “terpaksa” mencari juga bank yang kita gunakan.

Ceritanya ada seorang gadis ini gunakan perkhidmatan maybank untuk menyimpan wang. Kemudian bila dia nak keluarkan duit, dia guna ATM machine bank cimb. Ceritanya, bila dia check balik baki simpanan dia kosong! Ha! Biar betul? Kemudian bila dia cuba hubungi pihak bank, katanya pihak bank memberitahu untuk tidak menggunakan perkhidmatan mana-mana bank buat sementara waktu.

Aku sendiri tak pasti dengan kesahihan cerita ini. Tapi jika ianya benar-benar berlaku, sememangnya ianya pasti akan menjadi ketakutan semua orang. Yelah, bukan senang nak cari duit, lepas tu hilang macam tu je. Siapa yang tak takut kan? Kalau jumlah sikit mungkin boleh terima lagi, kalau jumlahnya puluh ribu? Tak putih mata?

Apa pun, apa yang pasti, hubungi bank korang dan tanyakan pasal perkara ini. Jika betul, terpaksalah kita cari ATM machine bank sendiri dan menangguhkan sementara penggunaan MEPS ni. Dalam zaman serba moden ni, semua benda jadi mudah termasuklah kes kecurian digital ni. ok?

*Untuk aku, aku tak perlu risau sebabnya baki dalam akaun bank tak pernah lebih daripada RM20 selepas beberapa hari gaji. Hehehe*

3 ulasan:

  1. Biar betull.. Dah la selalu guna atm lain..

    BalasPadam
  2. pernah jugak jadi macam ni. dulu.. duit hilang walaupun guna kad bank dan bank yg sama.. huhuu

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.