Apa pandangan korang mengenai Valet Doa? Perniagaan berdoa di Mekah.
Apa pandangan korang
mengenai Valet Doa? Perniagaan
berdoa di Mekah. | Yang sebenarnya, aku tak tahu cerita pun pasal Isu valet
Doa ni walaupun ianya dikatakan isu yang panas sekarang ni. Yeker? Tapi lepas
baca cerita mengenai bayaran yang dikenakan untuk doa kita tu, rasa tertarik
pula nak ambil tahu. Adeh! Ada beberapa perkara pelik yang muncul dalam minda
aku sekarang ni, dan mungkin juga akan menjadi pelik pada korang juga. Jom kita
tengok secara terperinci mengenai isu Valet doa ni.
*Mohon seminit masa korang untuk LIKE page ini yang penuh informasi dan Video yang menarik* Klik Sini
Ok. Valet doa Diasaskan oleh saudara Hasrin Harin dengan
niat untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan untuk menjejakkan kaki ke
tanah suci untuk berdoa. Doa itu dalam erti maksudnya adalah, apa-apa niat
samada kehidupan, perniagaan atau apa sahaja. Perkhidmatan ini menawarkan kita
untuk mengirimkan doa pada mereka dan akan dibacakan disana. Ok, faham ye?
Yang menjadi isunya adalah, setiap doa itu dikenakan
bayaran. Maksudnya, kita nak kirim doa pada mereka, kita perlulah bayar. Harga yang
dikenakan bermula daripada RM500 sehingga RM2500. Harga-harga ini adalah
mengikut lokasi doa itu dibacakan. Setiap tempat di tanah suci itu lain
harganya ya. Valet doa juga menawarkan pakej-pakej tertentu.
Kiranya macam ni lah. Katakan ada saudara-saudara kita yang
ingin menunaikan umrah atau haji. Mesti ada dari kalangan kita yang minta
mereka doakan untuk kita kan. Konsep yang sama di tawarkan Valet doa ni. Nak
kirim doa boleh, Cuma dikenakan bayaran. Bayaran pula mengikut lokasi tempat. Kalau
kita nak mereka bacakan doa kita tu dilokasi-lokasi tertentu, mereka akan
bacakan, tapi berbeza bayaran. Fahamkan dekat situ?
Baiklah. Sedikit yang menjadi persoalan dalam fikiran aku adalah,
mereka ada jaminan yang doa kita itu
pasti dimakbulkan oleh Allah. Itu yang menjadi persoalan pada aku. Mereka
jamin! Katakan korang ambil pakej yang paling mahal *kalau mahal, mesti ada
sebabnya kan?* dan katakan juga, doa korang adalah “aku ingin menjadi seorang
jutawan yang kekal kaya raya”. Doa itu pasti makbul jika mereka bacakan disana.
Ha! Itu yang aku baca dan terus jadi pelik!
Daripada apa yang aku baca, jika doa itu tidak makbul, akan ada
usaha lain untuk doa itu dimakbulkan dan jika tidak wang anda akan
dikembalikan. Wow! Tawaran yang mungkin hebat pada ramai orang. Tapi sangat
pelik pada aku. Bagaimana boleh timbul keyakinan yang sangat tinggi bahawa doa
itu pasti dimakbulkan?
Isu mengenai Valet doa ini sudahpun mendapat perhatian mufti
wilayah persekutuan dan menurut info, mufti sudahpun meminta untuk perniagaan
ini dihentikan. Namun daripada pembacaan terkini, pemiliknya tetap ingin
meneruskan perkhidmatan ini kerana berpendapat yang ianya tidak melanggar
syariat agama islam.
Aku tak boleh bercerita panjang mengenai perkara ini kerana
aku tidak langsung tergolong dalam kelompok cendekiawan islam yang hebat di
dalam agama islam. Namun pendapat aku, eh! Tak beranilah nak cakap kat sini. Cuma
nak tanya juga, Apa pandangan korang
mengenai Valet Doa? Perniagaan
berdoa di Mekah.
memperdayakan orang je..
BalasPadamNi lah contoh penunggang agama. haihh macam2 la sekarang ni.
BalasPadamSemoga dimurahkan rezeki saya sekeluarga untuk menunaikan Umrah dan Haji nanti.
BalasPadam