Tahniah jepsepahtu & sari yanti!
Tahniah jepsepahtu & sari yanti! | Assalamualaikum dan
salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberi kesempatan untuk menulis lagi di
blog ceritaejoy. Semangat untuk menulis itu masih ada walaupun akaun adsense
telah di banned tempoh hari. Aduh, peritnya rasa, tapi apakan daya, benda dah
jadi. Apa pun, aku masih berusaha untuk membuat pemohonan semula akaun
tersebut. Harapnya berjaya. Ok. Lupakan sekejap tentang hal itu. Ni ha, cerita
mengenai pernikahan secara senyap, jep sepahtu dan sari yanti.
Owh! Aku sehingga ke hari ini masih terfikirkan. Kenapa tiada
hebahan samada di facebook ataupun di mana sahaja. Macam tiada orang yang nak
bercerita. Adeh! Sari yanti tu. Hahahaha. Aku ni kira peminat dia jugalah. Senyuman
dia, aduh! Menawan sungguh. Jep sepahtu tu tak perlu nak cakap apa lah. Dia tu
memang dilahirkan untuk buat orang gelak. Hahahaha.
Apa pun, majlis mereka dah selamat kan? Kita doa yang
baik-baik ya. Semoga rumah tangga yang dibina berkekalan hendaknya. Tapi, eh! Nak
cerita lagi tu. Hebat juga si jep ni kan? Cair juga sari yanti dengan dia.
Nampak tak lelaki yang kelakar itu sering menjadi pilihan. Walaupun tak semua,
tapi kebanyakkan lah. Mesti hari-hari sari yanti selepas ini akan dipenuhi
dengan gelak ketawa. Hahaha. apa pun! Tahniah buat korang berdua!
*Pada shuib dan rahim, korang kenalah faham-faham. Sebelum ni jep tu bujang, memang dia banyak masa dengan korang, lepas ni dia dah tak boleh macam dulu lagi. Sebab dia dah ada wife, cun pulak tu. hahahhaha*
Syukur Alhamdulillah....
BalasPadammoga ikatan yg suci ini kekal hingga ke jannah..Ameen...
terkejut jugak dengan berita nie ingatkan tipu atau drama je ..rupanya betul. apa-apa pun tahniah dekat jep n sari
BalasPadamcantiknyaa sari yanti!
BalasPadam