Bila dia dah mula kenal apa itu hantu

Februari 27, 2017
 Bila dia dah mula kenal apa itu hantu

Bila dia dah mula kenal apa itu hantu | Aduh! Siapa yang aku maksudkan ni? Tak lain dan tak bukan, beliau adalah anak kedua aku. adeh! Ceritanya, biasalah dekat TV, kan ada drama-drama melayu. Drama melayu ni pulak, kalau tiada babak hantu, memang tak sah jadinya. Nak dijadikan cerita, anak sulung aku ni ada penakut sikit. Salahnya juga pada kami ibubapa, banyak cerita hantu dekat dia. Jadi dalam kepala dia banyaklah cerita hantu.

Bila dalam minda dia dah banyak cerita pasal hantu, dia sampaikan pula pada adik dia yang bakal memasuki umur 2 tahun tak lama lagi. Bila dah banyak sangat cerita yang abang dia sampaikan, dalam minda anak kedua kami pun akan tersimpan mengenai hantu! Adeh! Bayangkan, bercakap pun tak pandai lagi, tapi dah pandai cakap antu.

Asal keluar iklan dekat TV, mulut dia akan cakap antu. Asal ada suara pelik sikit, dia akan cakap antu. Sakit juga kepala aku ni nak betulkan balik pemikiran anak kedua aku ni. Puas aku beritahu yang hantu tu tak wujud, tapi dia cakap juga. adeh!

Yang sebenarnya masih belum terlambat lagi nak betulkan pemikiran anak-anak sebaya ni. Cuma kita kena kerap tegur la kan. Yang sebenarnya, aku nak juga tahu, kalau-kalau ada cara lain yang korang gunakan untuk betulkan pemikiran anak-anak korang. Kalau boleh aku aplikasikan dengan anak aku ni, bagus juga kan? hehehe.

2 ulasan:

  1. hehehe mcm kelakar pulak kan. pandai je si abg cerita dekat si adik pasal hantu. xD

    BalasPadam
  2. Macam mana lah gaya dia bercerita pada adik tu ye? :)

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.