Teringin nak masuk gym balik

Januari 12, 2017
masuk gym balik

Teringin nak masuk gym balik | Yang sebenarnya, dah lama juga aku tinggalkan sukan bina badan ni. Rasanya dalam 4 tahun jugalah. Lepas je nikah, terus stop buat badan. Ni, anak dah masuk 3, rasanya makin susah untuk aku curi masa untuk ke gym. Kalau dulu, gym tu jauh, jadi tak terasa sangatlah. Tapi sekarang, dah ada gym yang dekat sangat dengan rumah aku. kiranya, kalau keluar naik motor, tak perlulah nak pakai helmet.

Yang sebenarnya, hati ni dah lama sebenarnya nak masuk gym balik. Seronok rasanya bila bangun awal pagi dengan otot-otot yang sakit. Nak angkat tangan pun susah. Nak mencangkung pun susah! Best sebenarnya rasa sakit macam tu. Hehe. Rindu betullah suasana macam tu.



Walaupun aku dah lama berhenti sukan bina badan ni, tapi aku still bercampur dengan kawan-kawan lain. Nak ambil aura katanya. Ada kawan-kawan yang buat badan untuk game, ada yang buat badan hanya untuk kepuasan diri. Pada aku, aku lebih suka body beautiful. Kalau bodybuilder tu besar sangat. Dengan ketinggian aku sekarang ni, eh! Memang tak sesuai langsung! Ianya akan menjadikan aku jadi lebih pendek! Adeh!

Dalam banyak-banyak bahagian badan, aku sebenarnya lebih suka dengan otot kaki. Tapi korang nak tahu? Waktu aku aktif dulu, aku tak pernah main kaki. hahaha. Bukan mudah oi! Sakit dia bukan main lagi. Itu yang nak mencangkung pun payah tu. Berair bijik mata ni ha menahan sakit. Hahaha.


masuk gym balik

Tapi itulah, aku kalau tengok mana-mana ahli bina badan, aku akan tengok pada kaki. Sebabnya, pada aku otot lain lebih kurang sama je. Yang beza Cuma otot kaki je. Sebabnya adalah, tak semua orang suka main kaki. Tak percaya, lepas ni kalau nampak orang yang badan sado, cuba tengok kaki dia, kecik tak? hehehe.

Apa pun, aku kena la usaha cari masa untuk ke gym lepas ni. Teringin sangat nak masuk gym balik. Nak jumpa kawan-kawan yang sama hobi. Buat badan sama-sama. Dan yang lebih penting, yang main kaki. hahaha. Sungguh ni. Aku nak main kaki lepas ni. Geram betul tengok orang dengan otot kaki ni. hehehe.

2 ulasan:

  1. harus juga tu ijoy masuk gym... badan kita mmg kena exercise...

    BalasPadam
  2. semua aura tu cepat di serap dlm diri tu ya...
    hihi..yela..org badan sado nie kaki mesti kecil..

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.