Iklan baru Adsense : Matched Content Native.
Iklan baru Adsense :
Matched Content Native | Harini, bila bukak akaun adsense je, ternampak 1
notification. Katanya ada iklan baru daripada adsense yang ditawarkan pada
semua yang ada akaun adsense. Iklan tu adalah Matched Content Native. Yang sebenarnya, iklan ni dah lama dah. Tapi
hanya untuk mereka yang terpilih sahaja. Dan kali ini, blog ceritaejoy berasa
bertuah kerana berpeluang menggunakan iklan ini.
Iklan baru Adsense : Matched Content Native.
Yang sebenarnya, iklan ni sama je macam iklan yang lain. Cuma
perbezaannya adalah, Matched Content Native ni adalah daripada post-post kita
yang sebelum ni. Biasa kita tengok dekat bahagian bawah blog kita tu, kan ada
post lama atau yang berkaitan, ha, dengan adanya iklan ini, kalau ada rakan
pembaca yang klik untuk baca post berkaitan tu, maka anda akan dapat wang USD! Hehehe.
Ok. Yang sebenarnya, aku sendiri masih belum faham
sepenuhnya dengan iklan ni. Maklumlah, benda baru. Walaupun tak susah mana pun
nak setup iklan ni *sebabnya, cara dia sama je macam kita setup iklan adsense
yang biasa tu* tapi rasanya aku masih belum berjaya kerana aku tak nampak lagi
macamana iklan dia tu.
Cara setup Iklan baru Adsense : Matched Content Native.
Orait. Perkara pertama yang korang perlu buat adalah, login
masuk ke dalam akaun adsense korang. Kemudian klik pada bahagian gear dekat
tepi sebelah kanan tu. Selepas itu klik pula pada bahagian setting.
Kemudian klik pada bahagian My sites dan klik pada bahagian
Matched content. Dekat situ korang boleh tengok samada blog korang boleh guna Iklan baru Adsense : Matched Content Native
atau tidak.
Langkah seterusnya adalah klik bahagian My ads dan klik +New
ad unit. Dan paparan ini akan keluar. Nampak tak iklan Matched content native
dekat sebelah kanan tu? Ok, klik situ.
Dan akan keluarlah paparan seperti ini. langkah seterusnya
adalah edit mengikut kesesuaian masing-masing ya.
Lepas dah edit, klik save dan dapatkan code. Akan keluar
pula paparan seperti ini. langkah seterusnya adalah sama dengan iklan adsense
yang lain. Pastekan code adsense ini di blog anda. Mudah kan?
Kalau tengok, memang mudah je nak buat Iklan baru Adsense : Matched Content Native ni, tapi macam yang aku
ada cakap awal tadi, aku rasa macam tak berjaya pulak sebab tak keluar pun
iklan yang aku inginkan sebaliknya dia keluar iklan biasa sama macam iklan yang
lain. Oleh yang demikian, aku nak cari lagi info-info berkaitan iklan baru ini
dan insyaallah, jika jumpa sesuatu yang baru, akan aku kongsikan kelak. Ok? Selamat
menjana wang USD dengan adsense ya!
Gudluck bro....sapa dpt kiranya memang bertuah...
BalasPadamtima kasih..aku baru nampak menatang ni...:D
BalasPadamBaru tau..thanks
BalasPadamNak dapatkan matched content tu satu hal.. Tapi bila dah dapat, belum terus boleh monetize jugak. Sebab dia akan monitor dulu blog, selepas dirasakan sesuai baru akan enable google ads tu sdiri. Selalunya kalau baru dapat matched content, fungsinya tak lebih daripada macam guna widget related content.
BalasPadam